Friday, January 23, 2009

Cukup...Cukup....

Bosan Aku dengan penat....

Hurrmmm...semalam aku dapat call dari dia yang lama tak call aku...huhu...things goes ok mula-mula tapi dah lama...ibarat gurung berapi nak meletup....meletus segala cerita lama...

Aku ekceli layan cam biasa jer...bila orang beri salam kita jawab la dengan ikhlas..tul tak..tapi dia cakap aku jawab tak ikhlas...ehh cam ner dia tahu aku jawab tak ikhlas ekk...harus kah aku menjerit bila menjawab salam si dia...aku pening...aku pening...

Kemudian dia mengungkit cerita-cerita lama yang bagi aku....tak mahu tahu pasal cerita lama yang aku dah simpan dalam kotak memori yang lain...sekarang aku mula dengan memori yang baru..so bila dia bukak cerita lama...aku jadi terkedu dan down buat seketika..aku perlukan bantuan..

Perlu ker aku biarkan dia terus membebel or aku cut off the line...but aku tak nak la dikatakan kurang ajar kan..so i let him talks untill finished....so aku hanya ckp ok dah puas...and so...apa lagi...so aku pun cakap aku byk kejer and cut the line...sorry malas nak layan..

Aku percaya pada takdir dan rezeki serta ketentuan dari NYA kalau di izinkan oleh NYA aku bersyukur kerana menemukan aku dengan si dia...tapi kalau DIA tidak mengizinkan sebaik mana perhubungan pasti terselit rasa kebencian kan...

Aku suka dengan diri aku sekarang yang bebas melakukan sebarang kejer...tanpa dia hidup ku kini happy....tenang...tak la cam dulu....biarla usia melewati segalanya aku percaya dengan adanya keluarga...kawan-kawan jiwa aku pasti tidak akan kosong malah penuh dengan cerita-cerita yang sering membuatkan aku gembira dan girang...

Untuk si dia..percayalah cukup sampai disini...harap kamu jangan ada dendam yang tersirat...aku sudah maafkan mu semenjak aku nekad untuk berundur diri..walau pahit untuk aku telan tapi ini terpaksa aku lakukan demi masa depan kita kan...

Walau seketika terjalin kasih kita..kenangan bersama tiada ku lupa...cukup la sekali kau menghiris hati....bilang saja pada semua diriku kini sendiri...

Nasib mood aku tak down hari nie..I'm ok..jangan risau yer...aku sentiasa akan ceria...tertawa seperti biasa....aku tak akan tukar mood aku...sebab aku dah biasa menghadapi situasi ini...

Ini lah masanya untuk aku bagi tahu yang kini aku FREE dan tidak ada sesiapa dalam diri ini kecuali Mama..Papa...dan adik beradik ku...tidak dilupakan kawan-kawan ku terutama Sham..yang sentiasa memahami perasaan ku....tak der la airmata untuk aku titiskan..sebab aku bertambah kuat....

Lagi sekali untuk sidia...please...please don't disturb me again....cukup la..yer harap kau paham k.....

Salam Jumaat...

Thursday, January 22, 2009

Rumah ku dan Mari Memasak.....

Rumahku.....rasa tenang bila berada disini.....



Huhu..semalam tak tau nak buat apa...plan nak gie Tesco kat shah alam nie...so after kejer aku pun ke sana untuk membeli racun lipas yang semakin banyak di dalam kereta ku...mungkin aku park kereta berhampiran dengan tempat pembuangan sampah kot....banyak sekali..nak kata kereta aku nie kotor tidak la setiap minggu dihantar untuk membersihkan body dan juga dalamannya....

So sampai jer kat tesco...dah janji just beli barang keperluan..tup...tup sampai tempat fresh meat aku terbayang kalau masak hari sedap jugak...ok lah plan nak memasak....so aku try to have dinner in western cuisine...

Nak balik hujan lebat....aku pun lepak la tepi Pizza Hut kat tesco..aku tak tau la dia nya staff ke Manager ker..siap buat concert Faizal Tahir lagi kat depan tue....tau la awak fanatiknya but jangan la melalak depan store korang tue...nasib aku bukan QA kalau QA tau korang aku grade kan....

So dah reda jer hujan aku balik....sampai umah....hujan pun berhenti lite-lite...so mulalah acara masak memasak sesambil berborak ngan sham dalam telefon...bertanyakan plan Hari Raya Cina...

Oklah korang rasa aku boleh bukak kedai tak...

Nyum...Nyum...

Sedap tau.....

Fries...

Mari ke dapur Ku...

Aku nie memang suka memasak...yerlah mungkin terikut-ikut dari mama kot...mama ku kalau masak pergghhh sedap siot.....tiada siapa yang boleh menandingi masakannya...ayat-ayat normal seorang anak kan?? tapi itu la kenyataan masakan makcik2 aku kalau nak tahu resepi mesti bertanyakan pada mama ku....

So kalau aku balik umah papa pun aku memang suka memasak..best la memasak kerna boleh melepaskan stress yang sedia ada...aku pernah memasak dari pukul 11 pagi sampai ke pukul 7..masa tue untuk birthday aku kot...huh memang best..

Dulu masa lepas SPM pun aku pernah jual kek coklat....berniaga nasik lemak...tolong orang...

Lepas SPM pun aku apply untuk amik food technology and also hotel management...and culinary art...tapi tak dapat yang dapat Human Resource Development...but I'm Happy for that...apa yang aku capai hingga sekarang pun tak tercapai akalku untuk berangan-angan dulu.....

SO oklah nak sambung kejer...today i wear pink shirt and ramai orang cakap aku nampak muda...hello aku memang muda lagi ok.....selama nie baju aku baju orang tua ker...

Muchas....Ciao......


Wednesday, January 21, 2009

Alahai....


Salam,

Huhu lama kan dah tak menulis kat blog aku nie....banyak yang aku lalui sehingga kini dalam bulan nie...ada suka...ada duka...terselit tawa dan riang mungkin itu adalah aku kot..yang tak pandai untuk menunjukkan wajah kesedihan tatkala aku berhadapan dengan orang aku sayangi iaitu keluarga dan juga kawan-kawan...tapi biarlah aku memendam rasa sampai sakit hati ini ibarat menanggung beban yang amat berat...

jika aku suarakan dalam blog ini mungkin akan mencuit malah membuat orang lain turut terasa jadi apa boleh buat..sekali lagi kebebesan bersuara itu perlu ada batas-batasnya dan perlu menjaga sensitiviti seseorang malahan kaum itu sendiri kan...

yang penting aku punya motto...I am what I am right now...be yourself...

aku suka ngan email yang dikirim oleh rakan ku...2-3 kali aku membaca nya...dan aku terfikir sejenak...memang jika kita merampas kebahagiaan dan meruntuhkan rumah tangga orang kita akan dilabel jahat dan kita perlu tanggung semua itu....so cuba korang baca email ini....


Reason for not bercinta dgn suami orang

Salam..kat sini saya turunkan sepuluh sebab kenapa u all jangan pilih suami orang kalau nak bercinta atau berkahwin nanti..So renung-renungkanlah..

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!


2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.


3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!


4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!



5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!


6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan ? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.


7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!


8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)



9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !


10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA



Jadi kepada mereka diluar sana...jodoh dan pertemuan itu adalah kuasa dari ALLAH S.W.T dan jika kita mengelaknya bermakna kita menolak qada dan qadar dari NYA....tapi seelok-elok nya bertenang dan berfikirlah sewaras-warasnya apa yang kita rasakan betul untuk diri kita...keluarga....and ikhlas aku katakan....aku tidak boleh menerima jika perkara ini terjadi pada diri ku dan juga keluarga ku...dan aku tidak mahu di label sebagai perampas....


Renung-renungkan...

Wednesday, January 7, 2009

Bubye 2008 and Say Hello to 2009



Salam..

Lama kan aku tak menulis kat bantalbuchuk.blogspot.com nie..sorry la beb ada bz sikit la lately nie..yer la being a wedding planner for my cousin and also other comitment aku terpaksa melupakan blog kesayangan aku nie...

So since hari nie dah hari ketujuh and this is the peluang yang aku ada untuk menulis...aku nak tanya apa resolution korang 2008 and plan for 2009..

For me...simple my resolution for 2008...belajar dari kesilapan kira cam try and error la nie...dan sentiasa cool..tak tahu lately ni aku cepat sgt jadi pemarah and moody..kenapa ekk..mungkin sebab kejer aku yang byk deal ngan karenah orang kat opis nie buat aku jadi camtu...hari tue mama dah nasihat jangan marah-marah orang kat opis tue..awak tue muda lagi...walaupun dah berpangkat...nasihat lah berhikmah...haaa itu azam 2009 aku kot..tak nak marah2 lagi...

Lagi apa ekk apa yang aku dapat dari 2008...aku dapat new phone...lagi...umm kengkawan baru juga...

Apa yang aku hilang 2008...tentulah nenek kesayangan aku...to Hjh Norniyah binti Tahir...kami semua sentiasa rindukan nenek...rindu dengan drama nenek...dengan cerita nenek masa zaman jepun...duit sebuntil..nak belikan aku kereta..hingga aku dah pakai kereta...teringat aku masa mula-mula aku masuk universiti...dia call...dia cakap nanti kalau aku balik PD dia masakkan aku rendang...tapi semua tue kenangan aku tak dapat pun rendang yang nenek masak khas utk aku...nasib mama aku mewarisi masakan nenek ku..

Citer pasal nenek...dia seorang yang tegas...mana tak nya anak sampai 11 mestila garang...banyak la pesanan dia pada aku....suruh belaja pandai2 sebab tak rugi kalau kita pandai katanya...dan jaga tatatertib...jangan lupa mama and papa..walau dah berpisah..sampai sekarang la..kalau aku nak tido mesti memori ngan nenek tersingkap..sedih wooo.....


Lagi apa yang aku hilang ek...owh aku hilang kawan...sidia dah tak mau kawan ngan aku kan..mula2 tue pedih beb..but lelama aku dah tak heran..and now i'm more stronger...

so azam aku 2009.tentulah yang yang terbaik dan lebih berhati-hati dalam semua keadaan kan....itu jerlah kot takkan aku nak huraikan bermacam-macam...biarlah ia menjadi rahsia buat aku..aku percaya pada takdir dan rezeki yang ALLAH bagi....so kalau ALLAH nak bagi aku terima walau mungkin kekadang aku tidak bersedia untuk menerimanya...

So aku harap 2009 nie memberi banyak kenangan manis dan inspirasi bagi aku coz this is the last year for me in 2 series....next year dah 3 series....so nak feeling-feeling muda masa nie...late 20's la katakan...

oklah..nak sambung kejer byk paperwork aku kena review....nasib bulan 2 nie aku dapat new assistant..so ringan sikit beban aku..so far aku ada 1 secretary...1 P.a dan 1 trainee...dan lain back up...so aku perlukan asst manager utk aku ringan kan beban aku nie...

oklah nak ke hainan kopitiam jumpa dzeng....lama tak borak ngan dia...dan juga elza...rindu kat diorang semua...

ok aku akan menulis lagi jangan risau k....

tanpa kalian hidup ini tawar....

Luv u all...

Pergi dulu nah...