Tuesday, January 26, 2010

sepi itu indah

huhuhuh macam-macam terjadi sepanjang aku menyepikan diri dari duni blog ini….sedih…suka..duka ianya berlaku dalam sekelip mata..bukan aku tidak suka pada menulis..tetapi masa mungkin membataskan aku untuk menulis di laman ini

2009…

Banyak kenangan yang aku lalui dan seawal tahun 2009 memberikan aku ketabahan untuk terus menumpang di atas muka bumi yang sementara…berjalan..berlari..jatuh dan bangun semula itu adalah rutin bagi aku…apa yang boleh di tertawakan adalah keindahan menikmati keindahan alam ciptaan NYA…dan apa yang aku lalui hanyalah ujian dari NYA supaya aku lebih tabah menghadapi hari-hari yang mendatang…

Pertengahan 2009 menyaksikan aku semakin tabah dan boleh menerima kenyataan bahawa sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya…apa yang terjadi pada kerenggangan keluargaku sedikit sebanyak menekankan aku bertapa penting sesuatu hubungan diatara keluarga…sekali lagi jiwa ku terasa sangat kosong…

Penghujung 2009 menyaksikan penerimaan takdir dari Ilahi teruji lagi…mungkin DIA hendak diriku sentiasa tabah…dan redha…kini keluargaku kembali bersatu…bak kata pepatah air yang dicincang tidak akan putus…pemergian arwah Pak Andak memang memberi satu kejutan bagi kami sekeluarga…seingat aku..baru pulang dari kampung…dan membawa ikan puyu dari kampung..diriku seakan bertanya kenapa ikan puyu ini tidak tenang apakah ada benda yang tak elok akan terjadi pada aku ataupun berita buruk yang akan aku dengari….setelah berehat sebentar niat ku untuk berjumpa dengan sahabat karibku terbantut apabila satu panggilan telefon dari makcik saudara ku membawa perkabaran yang Pak Andak telah pun kembali kerahmatullah…bagaikan terhenti seketika jantungku dan memikirkan bagaimana hendak ku khabarkan ke mama…mama tidak boleh menerima berita mengejut disebabkan keadaanya komplikasi jantungnya….justeru dengan keadaan tenang sambil melihat mama terbaring…aku menyapanya..lantas aku memberitahu bahawa pak andak sudah tiada…bagaikan mimpi bila aku melihat mama ku terperanjat yang tidak boleh digambarkan lantas berbalas airmata kami anak beranak…mamaku memanggil adikku dan lantas memberitahu bahawa berita kematian harus kita terima…

dan tahun masihi 2009 menyaksikan bahawa sambutan hari lahirku disambut dengan keadaan yang masih sugul..walaupun mama membelanja kami sekeluarga di TGIF Pavillion tetapi suram masih menyelubungi kami…pak andak meninggalkan kami 26 september 2009…dalam keluarga kami ….sudah 3 kali hari lahir di balas dengan berita kematian…ini semua suratan yang harus diterima…26 november 2006 …sepupu kami farouq kembali mengadap Ilahi kerana kemalangan jalan raya dan pada 13 Oktober 2007 pakcik kami iaitu paklong pula kembali ke rahmatullah…dan 2009 pak andak pula meninggal kan kami semua…..

10 hari sebelum 2009 melabuhkan tirainya…aku harus tewas pada keadaan dimana terpaksa menyerah untuk merehatkan diri di hospital akibat “hypertension” sejurus selepas pulang dari bercuti bersama kawan-kawan di PD dan Melaka…bagaikan seolah tidak percaya bahawa aku akan menerima kenyataan bahawa diri ku tidak sesihat apa yang dapat ku lihat…wayar berselirat memenuhi tubuhku…pada mulanya doktor menyatakan bahawa ada sedikit komplikasi jantung kerana degupan tidak menunjukkan rima yang sekata.. dan berdegup sangat pantas…dan apabila di perhalusi…tekanan darah ku sangat tinggi dan kandungan gula dalam darah juga tidak kurang hebatnya…dan doktor menyatakan aku harus terima penyakit ini dengan redha…tapi ada baiknya kerana telah dikesan dari awal…dan bukan aku jatuh pengsan dan orang mengusung ku….biarla aku terima semua ini kerana ini dikatakan suratan…..

mungkin ini semua hikmahnya…dan apa yang terjadi pada 10 hari pertama di 2010…sekali lagi aku di uji….mungkin ini sudah takdir dari NYA….