Thursday, April 29, 2010

730 hari yang lalu....

Salam..

Hari ini genap 730 hari nenda kesayangan ku...Hjh Norniah Bt. Tahir meninggalkan kami semua....mungkin tahun lepas ada aku menceritakan didalam blog ini bertapa aku sayangkan nya....



masih terngiang-ngiang di ingatan ku...bila mama call aku cakap keadaan nenek tidak stabil..dan nazak....

waktu itu aku mengikuti mesyuarat dan lantas aku bergegas pulang ke PD....sampai di rumah uncle tun...terus ke bilik khas yang menempatkan arwah nenek....apa yang aku lihat mungkin ini sudah sampai waktunya dia akan tinggalkan kami....dalam hati aku meredhakan walaupun aku amat sayang padanya...saban hari aku menangis...sehingga semasa aku di Bintulu atas urusan kerja...hati sudah mula tidak tenang....aku membuat panggilan video dan bercakap "nek...tunggu adik balik yer...nenek jangan pergi lagi tau...adik sayang nenek...."

Sekembalinya aku ke KL...terus aku bergegas ke hospital dan ku peluk erat nenek...sehingga uncle tun menarik ku...

Kembali pada sewaktu di PD....sedang kami menjamu hidangan makan tengahari...aku di panggil oleh pembantu nenek....menyatakan mesin pengukur deyutan nadi tidak berfungsi...keadaan semakin panik....aku periksa nadi di tangan nenek ku....seakan lemah dan tidak berdenyut...aku cuba meletakkan jari di leher nya...seakan tiada....aku memasang alat pengukur denyutan nadi dan tekanan darah..."error" lantas aku mendapatkan pakcik saudaraku untuk mengucap kalimah syahadah..ditelinga nenek ku.....

La...Illah Ha Illalahh...tat kala itu aku memegang kaki nenek ku....dia seakan menolak lantas terus senyap....dan aku berpaling..terus aku aku menunjukkan memek muka ke mama ku..bahawa nenek sudah meninggalkan kita...keadaan waktu itu amat sayu....

Bila Doktor datang dan mengesahkan pemergian beliau...semua saudara mara ku..tergamam....tepat jam 3 petang 29 April 2008 nenek pergi buat selama-lamanya....

Aku amat merindui nenek...kerana dia banyak meninggalkan kenangan pada kami sekeluarga...

I Miss U Nek.....



Wednesday, April 28, 2010

7 Fakta Menarik Tentang Senyuman


1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. . Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.


Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis korea yang berwajah senyum ialah "kim so bum". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta


sumber dipetik dari blog hafieyza23.blogspot.com