Friday, October 31, 2008

Panggilan Haji..Kini Tiba Lagi

Salam Semua...

Huhu...semalam kita dah masuk bulan Zulqaedah menandakan ada sebulan lagi untuk kita kebulan Zulhijjah yang mana semua umat islam tahu bahawa setiap tahun 10 Zulhijjah merupakan hari raya qurban atau pun orang malaysia pangil hari raya haji...

Malas nak terangkan kenapa orang panggil hari raya haji..sebab aku tahu korang yang membacanya ada takrifan sendiri kan....nanti kalau aku salah kasi fakta aku yang terbelit tul tak....

Untuk entry kali nie...aku nak ucapkan semua umat islam yang akan menjadi tetamu ALLAH untuk tahun hijrah 1429 ini...selamat menunaikan ibadah haji...iaitu rukun islam yang ke-5..semoga anda semua akan mendapat menunaikan ibadah haji dengan hati luhur...dengan kusyuk dan mendapat haji yang mabrur...



Untuk Uncle Tun dan Aunty Bariah selamat pergi dan selamat kembali...Insya ALLAH...Allah akan menerima kalian sebagai tetamu NYA disana....Insya ALLAH jika dizinkanNYA adik akan berada di Kompleks Tabung Haji pada hari yang telah ditetapkan untuk kalian pergi....

Biar apapun dugaan buat kalian berdua...adik percaya bahawa ini semua bersifat sementara...kerana kita hanya insan biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan...

Doa adik pada kalian adalah tinggalkanlah perihal duniawi kerana kalian menuju ke suatu tempat yang tidak tergambar perasaan dan fikiran kalian berada di sana...Ibarat pergilah seumpama kamu akan meninggalkan dunia ini tanpa menghiraukan urusan-urusan dunia yang fana ini...dan kembali la kedunia ini ibarat kamu baru dilahirkan...

Sampaikan salam ku pada Rasullullah s.a.w ketika menziarahi Makam Baginda....dan doakan kesejahteraan kami sekeluarga...khususnya dan umat islam amnya...

Wassalam...

Tuesday, October 28, 2008

Jodoh Pertemuan Di Tangan Tuhan kan??

Hurrmmm cam ner nak mula ekk....

Korang setuju tak kalau jodoh korang ditentukan oleh keluarga....

But for me.....aku kurang setuju..kerana kita ada pilihan kita sendiri kan...kita ada taste kita sendiri kan...

Pelik la jika ada orang yang mengikut saja apa yang di katakan oleh keluarga....kerana alasan diberi taatnya seorang anak pada keluarganya...tapi jika ada apa-apa yang berlaku dihari datang siapa yang harus disalahkan....

kadang aku bingung...nasib aku ada ibu...aku ada kawan...yang boleh berkongsi.....bukan pasal aku..tapi pada kemungkinan yang akan datang....

Monday, October 27, 2008

Cuba Kau Dengar....




~cuba~
faizal tahir
coba kau dengar
coba kau coba
diam bila ku coba
tuk berbicara dengan kamu

pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk meluahkan rasa hati

dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar tenang kau merasa

siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku...padamu

coba kau lihat
coba kau coba
renung ke mata aku
bila ku kaku melihatmu

pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk menyatakan rasa sakit
dalam diri

dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa

siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku...padamu

maafkan kerana aku tak pernah
terlintas tuk menulis pada mu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar..
untuk kau melihat ke mataku

siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku...padamu

Aku suka sangat dengar lagu nie...mungkin ada kena mengena dengan kehidupan aku sekarang...segala persoalan yang ada dalam lagu ini adalah persoalan aku untuk si dia...

Aku tahu kamu berasa selesa denganku....tapi hati ku masih sangsi...kerana itulah aku cuba untuk menguji dirimu...

Aku masih bersyukur kerana aku ada kawan-kawan yang sentiasa ada bersama ku untuk mendengar untuk berkongsi segala masalah yang aku hadapi...

Moga aku akan tenang dalam menghadapi segala rintangan dalam menguji kehidupan aku yang mendatang..

Untuk Fadzrul Hisyam, Remy, Fauzy, Zafry dan Linda...terima kasih atas kesudian kamu datang untuk memeriahkan sambutan hari lahir saya pada sabtu lepas....walaupun tidak seberapa tetapi percayalah sesungguhnya..korang semua ada dalam pelusuk hati aku....terima kasih kawan...

"Love is all about comitment" -Azy

Friday, October 24, 2008

Kekasihku Seru.....

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama jimmy.dia ni org johor...

Die ade awek name Julie.julie nih dok kt perlis..

Diorng nih xpnah jumpe sblom nih,juz msg n call aje..

Gamba pon diorng xpernah tengok sbb mereka hanya memakai nokia 3310i

Diorng da xthan nk jumpe sngat²...

Diorng pon berpakat akn berjumpe pada hari raye pertama..

Dan diorng brcdang utj berjumpe di rumah julie..

Julie telah beritahu keluarga dia yg jimmy akan dtng beraya kerumah mereka..

Pada seminggu sebelom hari raye,Julie terlibat dgn satu kemalangan..

Mayat julie selamat dikebumikan..

Seluruh keluarga Julie sngt bersedih atas pemergian Julie..

Julie di dapati terkoban dalam kemalangan tersebut..

Akan tetapi,jimmy tidak mengetahui hal ini..

Kebetulan,hp jimmy rosak pada hari kematian Julie..

Sehari sebelum raya,bru lah hp die siap dibaiki...

Apabila hp da ok,jimmy terus msg Julie..

Mesej yg dihantar oleh jimmy tersebut semua di ' reply ' ..

Pada hari yg ditetapkan,dgn alamat yg pernah diberi oleh Julie kpd jimmy..

Jimmy bertolak dr johor pd subuh awl syawal,dan smpai di perlis pd ptng ari 2 juga dengan memandu kereta proton wira 1.6 kepunyaan kwn baiknya...

Bila smpai shj dirumah Julie,dia terus bagi salam dan memperkenalkan diri kepada ibu bapa Julie..

Ibu bapa Julie pon menyuruh jimmy duduk..

Mereka perbualan dgn bertnya tntang diri jimmy..tetapi mata jimmy terjenguk² ke arah dapur dan bilik² yg ade di rumah tersebut kot² ade Julie keluar atau menyorok dri dia..

Jimmy semakin tidak senang duduk..

Setelah lama berbual,jimmy pon tny pasal Julie kerana beliau tidak tahan nk berjumpa dgn Julie..

Ibubapa Julie menyarankan supaya jimmy banyak bersabar...

Jimmy semakin hairan,dan bertanya kepada ibubapa Julie,

"kenapa mak cik ngan pak cik??ape yg da berlaku pd Julie??"

"Julie telah meninggal dunia" kata ibu Julie..

Jimmy semakin kehairanan..

Jimmy bertanya"bila mak cik??sbb apa??"

Ibu bapa Julie pon menceritakan tentang hal kejadian..

Jimmy agak terkejut,Tetapi jimmy tidak percaya kerana beliau ade sms dgn Julie sebelum berangkat ke perlis

Jimmy pon tunjuk semua sms itu kpd ibu bapa Julie..

Setelah membaca dan melihat no telefon tersebut,ibu bapa Julie hairan kerana cara sms dan no telefon itu memng Julie yg punye...

Utk mendapatkan kepastian,ibu bapa Julie bawak jimmy ke tnah perkuburan Julie..

Jimmy maish x berpuas ati dan mengorek kubur Julie...

Memng betol Julie sudah mati dan berada didalm kubur tersebut..

Jimmy semakin hairan dan ketakutan...

Sebelum julie meninggal,julie telah berpesan kpd org tua die supaya kalo dia mati,tnm skali hp die sbb die terlalu syg kt hp nih..

Ibu bapa Julie turut menceritakan hal ini kepada jimmy..

Jimmy pon cuba sms Julie didepan ibu bapa Julie,

"awk ngah wat pe??"

Tidak lma kemudian,hp jimmy berbunyi dan ade satu sms diterima,apabila buka shj sms tersebut,kesemua mereka terkejut beruk kerana sms itu dibalas oleh Julie dan sms tersebut berbunyi

"xde wat papepon..awk da smpai ke??"

Jimmy semakin panic dan membalas "ibu bapa awk kata awk da MATI??"

Dan Julie pon balas "memng sy da meninggal.."

Jimmy cuba beraniakn dri dan membalas semula sms tersebut dgn "ABES 2,MCM MANE AWK BOLEH BALAS SEMUA SMS SY??"

Tidak lama kemudian,hp jimmy pon berbunyi lg..

Kesemua mereka menjadi semakin panik,takut dan mcm bermain difikiran mereka semasa jimmy hendak membaca sms tersebut..

Apabila mereka baca sms tersebut,mereka jd terkejut BEROK & kehairanan n terpinga-pinga...

Kerana sms etrsebut berbunyi






"DIGI ADA DIMANA-MANA"...hahahahahahahahahaha....I Will Follow U....

Kome mesti bengang ngan cite aku nih kn???huahuahuahua....

*kui..kui aku amik dari email yang dikirim oleh kawan aku....

Thursday, October 23, 2008

Terima Kasih Atas Segalanya..

Semalam aku keluar dengan dia...

Dia memberi aku hadiah...

Walau tidak seberapa nilai hadiah itu tapi nilai persahabatan itu jauh lebih tinggi dari segalanya...

Terima Kasih atas segalanya....

Aku hargai atas apa yang telah dia lakukan pada aku...kesabaran dia dalam melayan aku...kedegilan aku...tapi dia tenang menghadapi segalanya...

Adatlah jika kami sering bertelagah..tetapi aku sabar dalam melayan karenah dan juga canpurtangan pihak lain...janji saling percaya mempercayai...

Insya ALLAH kita akan bersama...setelah semuanya berakhir...harap u paham k...

Wednesday, October 22, 2008

Pernah tak korang rasa marah.....



Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego
seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan
seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak
hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan
menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan
kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki.
Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait
syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi.
Istirehatkan hati dari kata- kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu
melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan
mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.".

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembutitu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa
sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.Menjerit-jeritlah si anak, kesakitandan kepanasan sehingga meninggal dunia.

Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menungguhukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunn! ya dan pemaafnya Qais
bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia "tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan
mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk
menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan
Allah s. w. t akan segala tindak-
tanduk kita. Allah memerhatikan segala
perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah,
ingatlah kita ini hanyalah manus! ia
yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa
kepada Allah agar Allah selamatkan
kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada
sifat marah itu mungkin akan membawa
kepada permusuhan dan pembalasan
dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa
kita ketika kita sedang marah. Ianya
lebih buruk daripada perlakuan seekor
binatang jikalau anda di dalam keadaan
yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan
baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu
datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak,
ambil wudhu keranawudhu dapat
menenangkan api kemarahan yang sedang
membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah
dengan hal tersebut di atas, hendaklah
tidur. Kerana ianya akan meredakan
perasaan marah apabila bangkit
daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap
sesuatu itu datangnya dari Allah dan
akan kembali kepada Allah. Kenapa kita
perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka
duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan
duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri,seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya.

Bilakemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum! dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh
urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.

Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah
menambah kerasnya api. berbanyakkanlah.. beristighfar itulah senjata orang2 mukmin

**artikel ini saya ambil dari email yang dikirimkan oleh rakan saya...

Tuesday, October 21, 2008

Hari Raya Celebration...






Haa .nie dia entry untuk hari raya...walaupun dah masuk raya yang ke 21 pada hari ini...aku rasa hari nie adalah waktu yang sesuai untuk aku menulis tentang hari raya...

Well hari raya tahun nie bagi aku cukup simple bagi kami sekeluarga...yerlah sejak abangku berkahwin tinggal la kami bertiga di rumah mamaku...jadi kami tidak lah beria sangatkan dan juga perginya insan tersayang yang amat kami cintai iaitu nenda kami...

So persiapan raya macam biasa...berkemas adalah perkara waib untuk kami sekeluarga..walaupun mama lah yang paling sibuk mengemas tapi aku hanya menumpukan mengemas di kamar tidurku sahaja..biasalah kan...aku suka pada ketenangan dan kelapangan dalam ruang kamarku....

dan tahun ini juga..dapur kami tidak berasap kerana segalanya ditempah oleh ku...sebab apa..sebab aku tidak mahu menyusahkan mamaku di dapur kerana keadaan kesihatan nya tidak begitu mengizinkan...(yerlah jatuh di tengah padang sewaktu familiy day) walaupun mendapat bantahan oleh mamaku kerana nanti tiada feel raya tapi aku tetap berkeras untuk tidak menyuruhnya masak...so tahun nie tiadalah rendang tradisi tiadalah masak kurma kegemaran kami sekeluarga...sebab setiap tahun semasa hayat arwah nenek ku masih ada..tugas mamaku di malam raya adalah menyediakan juadah kurma dan juga rendang....tapi kini semuanya tiada..sedih kan

Oklah raya pertama aku menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim iaitu bersembahyang sunat aidilfitri bersama kawan baikk ku Sham dan ibunya...di masjid wilayah persekutuan..sungguh syahdu bila menunaikan ibadah disitu..masjid ini menyimpan pelbagai kenangan buat ku...disinilah juga aku membawa syukran dan menunaikan solat sujud syukur akhirnya syukran menjadi milikku....

setelah selesai bersembahyang aku menghantar syam dan ibunya kerumah dan kemudian singgah dirumah paksu...tahun ini paksu beraya di rantauan iaitu di UK...dan kami menziarahi keluarganya yang berdekatan dengan rumah syam..

So setibanya aku dirumah mama dan adikku sudah menyediakan hidangan...tetapi disebabkan aku kecewa...dengan seseorang aku kembali ke katilku dan termenung seketika...tetapi kemudian aku kembali keruang tamu rumah untuk menjamah juadah yang disediakan...

So tengahari nya kami kerumah maklong....dan kemudiannya terus ke pusara nenek dan datuk di Port Dickson...setelah semuanya selesai membaca doa kami pun terus ke rumah aunty imah di seremban...

So waktu pun dah nak senja..selepas dari itu kami kerumah mak andak di paya jaras...kemudian bergerak pula ke rumah maklong kembali kerana adik beradik mama ku hendak beraya di rumah mak long...

So jam menunjukkan pukul 1 pagi...bertapa letih nya aku hari ini..semalam pun tido hanya 3 jam..nasib sham mengejutkan aku....untuk bersembahyang...

Raya kedua...beraya di kampung sebelah papa ku pula..bermula dirumah pak lang...kemudian menziarahi pusara arwah atuk dan wan....setelah itu kerumah induk..hurrmm..makan kat rumah induk sedap sangat...kegemaran ku...thanks ka long biah kerana menyediakan hidangan makan tengahari....uppss sebelum itu aku hilang dirumah pak lang..semua mencari aku...apa yang aku buat...bergayut dengan budak tue lah apa lagi...kami menceritakan seronoknya beraya...siapa budak itu...(BIARLAH RAHSIA)..huhuhuhuh...

dah kenyang makan kat rumah induk..ke rumah mak ngah pula....mak mulanya tiada kerana keluar beraya dirumah kenalan nya..yerlah pak ngah aku merupakan timbalan undang rembau...so kalau pangkatnya Dato' dan Datin la kan..so semalam rumahnya dipenuhi dengan kawan2 dan sanak saudara hari ini giliran mereka untuk menziarahi kawan2nya dan saudaranya pula...

Ok waktu dah time bak kata papa ku...kami bergerak ke rumah wan saudaraku...yang aku pun tak kenal...ada 3 ok...aku beraya jer lah..dan terakhir ke rumah tok ulong..itu pun kami hanya minum sebab perut ku dah penuh gilo...

So nasib adik aku drive...so apa lagi aku sempat membuta la sepanjang perjalanan kami ke seremban..di seremban kitorang beraya dirumah uncle parkir dan Haji Hussien dan aunty leha...setelah selesai beraya...balik dan iqa pun ikut...

so balik mama dah tido...aku pun apa lagi tido juga....esoknya bangun lewat dan bersiap untuk solat jumaat...setelah selesai solat jumaat...pergi ke Jabatan Imigresen untuk buat passport....huhu passport lama dah expired on June 2008 so kena renew la kan...nasib sekejap..dalam masa 1 jam setengah dah siap...

Balik jer dari settle kan renew passport balik rumah...owh mak long and family ada kat rumah....then lepas tue aunty imah and uncle hai pun tiba..aku bersiap sebab malam nie nak ke Kuantan pula...

So citer kuantan nanti aku update kan yer....

so sampai sini sajer dulu k....

Sunday, October 19, 2008

dari lubuk hati ku...

Korang tau tak aku punyai seorang mama dan papa yang duduk berlainan...mama duduk di setapak dan papa duduk di kuantan...

kami dah lalui kehidupan sebegini hampir 20 tahun lamanya...

tapi sejak aku dah besar...aku mungkin lupa janji aku pada mama aku...nak bahagia kan hidup dia...

tiap kali balik setapak mesti aku akan dahului kawan2 aku..lepak sampai pagi buta...balik rumah tengok mama ku menunggu di ruang tamu..kadang-kadang aku tegurnya kenapa tak tidur didalam bilik dan alasan yang diberi adalah menunggu aku...risau aku tidak bali-balik lagi...

Hati seorang ibu terhadap anak-anak nya mesti ada walau sekulumit...memang aku akui dia yang melahirkan kita dan dia pasti tahu apa yang cuba kita rahsia kan dari pengetahuan dia kan...

tapi aku sering katakan pada kawan-kawan ku utamakan keluarga..sejak dari abangku duduk rumah berasingan dan adik ku kerja tidak mengikut waktu normal bekerja...mungkin tanggungjawab itu terletak pada aku...dan segala harapan itu juga ke arah aku..supaya dapat meluangkan masa untuk mama...tapi kadang-kadang aku lupa dan leka dengan keseronokan berkawan...insya ALLAH aku tidak akan sia-siakan saki baki umur mama...dan aku akan cuba luangkan masa untuk mama...

Jom kita tengok video ini yang aku dapat dari sahabat blog ku zubaidah arshad...

Thursday, October 16, 2008

Jakarta...Here I Come...



Sorry ya..sekarang aku masih lagi di Jakarta...

Aku akan menulis setibanya aku di Malaysia...

Banyak nya hutang aku..nak menulis...

Tapi aku akan cuba sort kan satu persatu....

Jangan risau.....

Sunday, October 5, 2008

Will be comin' up right after this ok...

Sempena Sambutan Raya Aidilfitri...i akan mulakan cerita lepas everthing settle...

Now i kat kuantan umah papa...

So guys see you then...