Sunday, September 28, 2008

Berbuka di Vistana Kuala Lumpur

Hi...huh rajin pulak aku kan....menulis jer kejer..yerlah tak der kejer sangat...apa tak der kejer...kalau tak mak aku menjerit kat luar tue mintak tolong selagi tue la aku dok mengadap note book nie....

So hari nie walaupun hari memperingati hari lahir ku...tapi aku rasa cam biasa...biasala kan jawab sms...yang semua kengkawan kasi wish aku Hepi Besday...dari malam tadi sehingga sekarang...huhu....what friends for kan..

So aku bangun tengahari tadi aku nekad nak kemas bilik aku nie....walaupun tak la sepah mana..sebab aku nie memang jenis tak suka duduk di bilik yang keadaannya serbut..biarlah berhabuk mana..tapi kalau susun aturnya terletak dengan elok....aku rasa selesa..selagi katil aku nie tak berselerak dengan barang kerja ku...aku akan rasa bilik aku nie bersih...

So aku start dengan membersihkan segala barang yang ada dibawah katil ku...huh bukannya sikit..yer lah mana barang-barang yang aku rasa tak perlu dibawah katil la letaknya...banyak jugak la aku membuang lepas tue aku lap dinding..mesti korang pelikkan ...coz masa cat rumah dulu aku pakai nippon paint yang boleh lap nya..so nak nampak cam baru aku lap jer lah...nak cat huh...byk kerja nak kena buat tau!!!

So bila dah kemas...masa tue waktu lebih kurang 4 petang kot...so aku kena siap kan sebab aku mmg nak potong rambut aku..rimas la...walaupun rambut aku tak lah panjang mana..tapi aku dah jemu dengan fesyen rambut selepet...alah gaya rambut selimpang...so aku nak buat spike berserta dengan highlight sekali...wah beraya sakan kan...tak la mungkin aku rasa perlu perubahan...as i said earlier kan...bersedia dengan segala kemungkinan....so aku aku bersiap mandi dan aku pakai minyak wangi pemberian hadiah dari ibuku terchenta...fuh mmg sedap la..baunya base cam vanilla...aku memang suka..mungkin jiwa aku kot...

So aku kuar rumah dalam kul 5 kot...so gie la carik salon mana2 kat area wangsa maju link..tau tak kat mana...ala kat belakang Carrefour tue...so aku gie la sana..but tak der kedai yang menarik perhatian ku...walaupun hanya ada satu kedai saja...

So aku decide nak pergi ke sect 2 wangsa maju..sekali mata ku terlihat 2 buah kedai yang ada buat promosi la....so aku gie la salon yang nama nya "statice" ehhh tul ker...so bila amoi kat depan tue tanya aku nak potong rambut..aku terus cakap ya saja..sedang aku tengah duduk ternampak promosi color highlight...so aku gatal la tanya berapa sekali dengan potong..dia cakap semuanya RM100 sajoh which is aku rasa murah la kot...ntah aku tak tau...tapi jam dah kul 5.30 aku tak potong...dengan nak feeling2 highlight rambut lagi...kul baper nak siap kan..so aku cakap ngan hairdresser...aku potong dulu then esok petang aku datang color rambut....hiks...yer yer jer..sorry la keinginan datang hanya sekali saja...

So hairdresser tue memang paham apa yang aku nak..so aku memang suka la dengan stail rambut aku yang terbaru..ala-ala spike la....hehehehe...so aku sms mama aku....cakap kul 6.15 ready for pick up..aku pun bergegas la balik amik diorang....

So semuanya berjalan seperti yang dirancang...so kitorang pun sampai dalam kul 6.45 ke Vistana Hotel...ekceli vistana hotel nie dekat ngan rumah kitorang yang dulu..flat yang pertama di Kuala Lumpur...Flat Pekeliling..heheh...disitu la aku membesar....tapi tak lama 10 tahun kot...

So sampai sana along and jaja dah sampai...so iftar together with them..pay the bills..along ajak gie umah mak long...

Mak long aku nie kami dah anggap cam mak kitorang jugak..coz mula-mula masa mama n papa ku bercerai..dia yang bagi kami tumpang di rumahnya...but..kami duduk tak lama about 5 month jer kot...so aku cerita yang mak long aku nie suspect sakit buah pinggang...risau la kan...yerlah arwah paklong aku meninggal tahun lepas 1 syawal...korang tak sedih...kalau aku pun aku akan sedih gila bila orang yang kita sayangi pergi buat selama-lamanya..di kala semua umat islam bergembira....

So sampai umah mak long aku nampak mak long duduk kat luar rumah...aku nampak dia merenung jauh..tak sedar kehadiran kami..so bila aku bukak pintu terus aku jerit nama mak long ku...dia terus carik siapa yang memanggilnya...dan nampak aku...terus dia menjerit..ehhh sayang...adik....nama panggilan ku dirumah dan semua keluarga...aku nampak seakan air mata maklong berginang...tapi aku diamkan saja...dia memberitahu yang dia baru duduk diluar...buang sampah...yerlah aku biarkan dia berborak ngan mama ku...

Aku memang mudah simpati pada orang...lagi-lagi yang melibatkan keluarga ku..so untuk mengelakkan dia terasa sunyi aku akan call dia bila teringat...seminggu sekali...dia pernah cakap pada aku masa aku mahu berangkat ke DOha tahun 2003 dia pesan kalau ditakdirkan ajalnya sampai dia mintak aku uruskan jenazahnya...aku memang meraung pada masa tue...korang mesti sedih kan..tapi aku memang kenang jasa dia...besarkan kami adik beradik..even aku masuk universiti pun pak long and mak long la yang menghantar aku....so kenang la jasa orang...

So few minutes after that along pun sampai...aku nampak yang along memang rindukan mak long...dia peluk mak long aku lama sangat....that how we show our respect kan...nampak memang mak long aku tak sihat sangat...

So kami berborak sakan tanya pasal persiapan..apa plan hari raya..sebab kami akan berkonvoi ke Port Dickson untuk ziarah kubur Arwah Nenek..Datok dan Uncle Saad...Nenek aku baru jer meninggal...last april...

So sedang rancak berborak tetiba...mak long cakap yang mungkin puasa dan raya tahun nie adalah terkhir baginya..kerana selepas Arwah nenek ku meninggal dia cakap dia akan tinggal kan kami...huhu..berginang jugak airmata aku..kami sayang kan mak long..mak long cakap dia akan sihat bila kami datang untuk jengok dia...

So kita kena hargai orang..coz i believe... what you give you will get back kan..tapi jangan mengungkit....

Oklah nak tido...jap lagi nak bersahur dengan azy....

Bersedia Menghadapi Segala Kemungkinan...

Bila tengok tajuk mesti kita membayangkan macam satu menifesto parti politik kan? sebaliknya bukan...kerana itu adalah tagline saya pada umur 29 tahun..jika di entri yang sebelum ini aku ada bagitahu bahawa apakah harapan...pada hari lahirku...mari kita tengok apakah harapan baru untuk diriku...

1. Bersedia menghadapi segala kemungkinan - jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan...itu pepatah yang tak dapat di sangkal lagikan...tapi apa-apa kemungkinan yang akan terjadi dalam masa 1 tahun akan datang aku harus lebih bersedia..tabah dan cekal kerana kesediaan kita untuk menerima sesuatu itu harus ada logiknya...

2. Cinta - mungkin perkara ini terlalu subjektif bagi diri aku..kerana aku bukanla seorang yang terlalu mencari cinta...dalam lirik lagu paduan suara M.Nasir dan Dato' Siti Nurhaliza dalam "soundtrack PGL" Bagaikan Sakti...

"Cinta datang Tanpa diundang Seumur masa tercipta Dia datang bagai sakti Bagai menyaksi mekar Kembang pagi" "Cinta datang Dengan senyuman Panasnya membakar mentari Wajah yang tergambar Tak akan terpudar Dari hati insan yang fana ini Fana ini"

Bila di amati lirik lagu ini memang indah bait kata-katanya...jadi kita harus sentiasa bersedia untuk menerima cinta yang hadir dalam hati kita....betul tak...

Kawan..Sahabat dan Rakan - Alhamdulillah aku punyai kawan-kawan yang sentiasa memahami dengan perangai aku...mungkin bagi mereka aku nie seolah terlalu "bossy" kerana ketegasan aku...so harapan untuk satu tahun yang akan datang aku cuba untuk berflexible dengan diorang...

Keluarga - Bagi aku keluarga adalah segala-galanya...kerana keluarga adalah asas bagi sifat kita...diluar sana...kerana selalu orang akan berkata...anak siapa la dia ini...dan siapalah mak bapak pada budak ini...betul tak? So bagi aku jika aku tidak mempunyai keluarga yang sentiasa menitikberat soal disiplin...soal maruah..soal nilai-nilai harmoni...mungkin aku juga akan dibenci oleh masyarakat...ada yang berkata sifat keibuan ku ini...sedikit sebanyak datang dari cara mama ku mendidik aku...tidak hairan lah ada yang memanggil ku mama radz....

Kesihatan - aku perlukan kesihatan yang secukupnya bagi menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang...so aku perlu sayang diri aku dahulu sebelum aku boleh menyayangi diri orang lain...aku perlu hargai setiap apa yang aku lakukan kerana apa yang aku buat atas dasar diriku...

aku rasa itu saja yang boleh dikongsi...yang lain-lain aku

Oklah apa yang aku dapat untuk hadiah hari jadi...

1. Perasaan sakit hati dari seseorang...
2. Minyak Wangi dari Mama Ku...
Ini minyak wangi pemberian mamaku...jenama Givenchy..ada symbol π best la mama kasi minyak wangi kali nie...tahun lepas aku dapat apa ekk...entah lah tapi aku bersyukur kerana setiap kali hari lahir pasti keluarga ku akan membelikan hadiah untuk ku..

Hurrmm adikku berjanji ingin membeli kan bluetooth pada aku...so tunggu la apa yang akan dia belikan untuk ku...tunggu...

oklah itu jer kot untuk kali nie...mana tau kejap lagi ada lagi entry lain kan....FYI semalam aku gie Jalan Tar...huh jam sudah pukul 3 tetapi Jalan TAR masih penuh dengan umat manusia...

Daa.....


Lahirnya Blog ini sempena Hari Lahirku...

Tik tok..tik tok...jam menunjukkan jam 12.00 tgh malam....tat kala aku didalam bilik keseorangan menunggu detik 12.00 tgh malam...aku memikirkan apa yang perlu aku buat dikala umurku menjangkau 29 tahun...

Mungkin aku merasakan aku perlu mulakan untuk menulis apa sahaja yang terbuku didalam benak hati ini....mungkin dengan cara ini keikhlasan untuk aku menulis akan lahir dengan sendirinya...

Aku akan menulis tentang apa yang terjadi di sekeliling aku..politik..keadaan semasa...aktiviti seharian..di pejabat...di rumah...kucing peliharaanku..dan keluarga ku..mungkin tentang seseorang yang dianggap istimewa juga akan aku coretkan disini...tapi itu semua terletak pada aku...

Jadi apa wish aku untuk ulang tahun kali ini...tunggu akan aku coretkan satu persatu supaya ianya dapat dirungkai satu persatu...

Teruskan untuk mengikuti coretan didalam ruangan ini...semoga aku diberi kekuatan dan kerajinan untuk sentiasa menulis....