Sunday, September 28, 2008

Lahirnya Blog ini sempena Hari Lahirku...

Tik tok..tik tok...jam menunjukkan jam 12.00 tgh malam....tat kala aku didalam bilik keseorangan menunggu detik 12.00 tgh malam...aku memikirkan apa yang perlu aku buat dikala umurku menjangkau 29 tahun...

Mungkin aku merasakan aku perlu mulakan untuk menulis apa sahaja yang terbuku didalam benak hati ini....mungkin dengan cara ini keikhlasan untuk aku menulis akan lahir dengan sendirinya...

Aku akan menulis tentang apa yang terjadi di sekeliling aku..politik..keadaan semasa...aktiviti seharian..di pejabat...di rumah...kucing peliharaanku..dan keluarga ku..mungkin tentang seseorang yang dianggap istimewa juga akan aku coretkan disini...tapi itu semua terletak pada aku...

Jadi apa wish aku untuk ulang tahun kali ini...tunggu akan aku coretkan satu persatu supaya ianya dapat dirungkai satu persatu...

Teruskan untuk mengikuti coretan didalam ruangan ini...semoga aku diberi kekuatan dan kerajinan untuk sentiasa menulis....

No comments: