Thursday, March 19, 2009

Thanks...for your email

Huh ada jugak orang membaca blog aku nie kan???

Thanks..Thanks...Thanks pada sesiapa yang membaca..menyinggah or menjadi lalat kat blog aku nie...

Kerana tujuan aku menulis blog ini..adalah untuk meluahkan segala apa ada dalam fikiran aku..dan bukan untuk mereka-mereka cerita...

Harap korang paham...

Wednesday, March 18, 2009

Luahan Hati Seorang Abang...


Sekarang aku dah dapat rasakan suatu arus yang mana dirumah mama ku tidak seriang dulu (3 minggu yang lepas) sebab apa sebab aku kurang bersetuju dengan apa yang menjadi pilihan hati adikku...

Segalanya berlaku apabila aku mendapat tahu bahawa adikku ada hubungan dengan seorang lelaki yang sedikit berumur, dan mempunyai keluarga (aku tahu dia sudah berpisah dan mempunyai anak seramai 4 orang) tapi kenapa dia menjadi pilihan hati adikku...lupakah kau pada keperitan mama?

Aku tahu semua ini apabila Papa telefon aku dan memberitahu aku apa status kawan adikku itu dan aku terkejut dan membuat aku tertanya-tanya apakah berita ini betul dan untuk mendapat kesahihan terus aku menyanyakan soalan itu kepada mama ku dan mamaku mengiyakannya, di dalam fikiranku terfikir dan lantas aku berdoa Ya Allah jika ini pilhan hati adikku Kau rahmati lah dia dan berilah petunjuk agar ia senang dan gembira. Terus mood jadi sedikit tidak bersemangat kerana apa, kerana pilahan hati adikku. Perkara ini terjadi semenjak aku dikenalkan pada sambutan hari lahir adikku NOVEMBER 2008.

Jika korang perasan aku pernah bagi tahu bahawa aku datang dari keluarga yang berpecah dimana papa ku dan mamaku tidak lagi bersama, mereka berpisah sejak aku berusia 10 tahun dahulu dan pahit manis yang aku lalui semasa mereka berkonflik membuatkan aku jera, kerana disaat-saat akhir mama ku dan papaku berpisah ayat-ayat itu masih lagi terngiang-ngiang di dalam fikiran ku..ya memang aku sayangkan mama lebih dari papa sebab apa.. korang mesti cakap sebab aku anak lelaki mama dan tanggungjawab anak lelaki adalah memprotect ibunya apabila dewasa...tetapi aku kasihan kerana aku tidak mahu kehidupan mamaku kosong biarlah kami adik beradik menceriakan hidupnya tanpa hadirnya seorang suami...

Tapi hakikatnya adalah kerana semangat mama ku membesarkan kami dengan keringat serta tubuh yang seakan tidak terdaya untuk melayan karenah kami, lagi-lagi aku yang sering mendatangkan masalah pada mama ku..aku sedar semua itu tapi jiwa aku ini masih ada darah yang inginkan keadilan dan kesaksamaan.. mamaku pernah jatuh sakit akibat tekanan hidup dan hadiah nya dia terlantar di hospital akibat dari komplikasi jantung..


Pada papa ku aku memang sayang dia sebab dia mengajar aku erti kehidupan, bagaimana untuk berdikari, menjadi orang yang berguna, serta serba sedikit memotivasikan aku..terima kasih papa atas segalanya dan adik mintak maaf atas segala pertelingkahan yang lampau..sesungguhnya adik perlukan kasih sayang seorang bapa yang telah hilang seusia 10 tahun lagi, adik tahu papa cuba curahkan kasih dan sayang papa pada kami tapi dengan berkecainya institusi keluarga kita membuatkan adik sinis pada papa...tapi pa sebenarnya adik dah cuba lupakan semua itu..tapi bohonglah kalau perkara itu terus luput dalam benak adik...

Doa-doa ku setiap hari agar mama ku dan aunty ku berbaik dan boleh bersemuka diperkenan kan oleh MU Ya ALLAH.. aku menjadi orang yang paling bahagia kerana setelah 17 tahun akhirnya mereka bersemuka dan melupakan perkara yang lepas-lepas.. Alhamdulillah...
Jadi berbalik pada kisah sebenarnya aku banyak jugak berbincang dengan mama dan juga papa jika jodoh adikku dengan pilihan hatinya itu di restui maka kami sekeluarga harus menerima dia seadanya betul tak??

Jadi kami menerima dia di dalam keluarga dan cuba untuk tidak melakukan sebarang “double standard” pada dia dimana setiap aktiviti keluarga pasti mama akan menjemputnya dengan alas an bahawa suatu hari nanti dia akan jadi sebahagian dari keluarga kami.
Bila aku berborak dengan papa ku soalan yang sering ditanya bila adikku akan mengikat hubungan dia dengan pilihan hatinya dan hanya jawapan “papa Tanya sendiri” sering melakar dibibir aku ini...sebab tiada perbincangan antara kami adik beradik termasuk bersama abangku..jika dia membisu perlukah kami yang bertanya..jangan memberikan jawapan bahawa kami merestui hubungan korang tanpa mengetahui siapa dia yang sebenar..perlukah kami menyiasat siapa sebenarnya dia...

Sehinggakan apa bila aku mendapat berita yang kurang menyenangkan atas status pilihan hatinya 3 minggu lepas dan keadaan berubah serta merta lantas aku memberitahu mama dan mama seakan terasa tamparan yang begitu kuat bagi dirinya, mama juga memberitahu bahawa jantungnya hampir terhenti seketika dan dadanya mula sakit...lantas aku menelefon abangku untuk dia menelefon mamaku dan mengarahkan mamaku bertenang dan bawa berbincang. Sehingga sekarang mama tidak boleh menerima pilihan hati adikku. Dia membohong papa ku menyatakan bahawa kami merestui hubungan mereka..soalan aku bila? Dimana? Dan dengan siapa? Adakah kau ada abang dan mama yang lain selain kami. Alhamdulillah papa ku bijak untuk dia menyatakan persetujuan, hendaklah kau mendapat restu dari insan yang melahirkan kau, mengapa kau cuba membelakangkan mama? Kenapa tidak berbincang dengan kami? Kenapa sanggup kau membohongi papa? Pernah kau bercerita siapa dia sebenarnya?

Dan hingga detik ini aku dapat lihat raut wajah mama ku tidak seceria dulu dan sering mengeluh pada dirinya sendiri, aku tidak mahu mamaku bersedih untuk dia meniti saki baki kehidupan dia..ya mungkin korang yang membaca dan mengetahui aku akan berkata cakap tak serupa bikin betul tak? Tapi sebenarnya aku cuba untuk tidak menghampakannya dan cuba menjadi yang terbaik buat dirinya. Kini aku terpaksa menggalas semua itu kerana itu lah mama...mama..mama..aku keluar lewat malam kerana siangnya untuk aku bersama mama...memang aku berehat didalam bilik tetapi jika mama mahukan sesuatu atau mengajak aku adakah aku tidak memenuhinya..memang aku tidak duduk sebumbung tapi aku cuba untuk penuhi segala permintaannya..sebab aku tak nak dia semacam makcik2 aku yang lain..

Untuk adikku,


Harap kau sedarlah apa yang telah engkau lakukan ini, kerana ia serba sedikit menyakiti hati mama dan juga papa, jangan kau risaukan kami tapi kau risaukan lah mama dan juga papa biarlah mereka gembira kerana kita dan bukan bersedih kerana kita..
Untuk jadi yang terbaik kita kena berkorban, berkorban demi menjaga hati mereka ini dan aku harap kau faham kan..

Sedar atau tidak kau yang kita datang dari mana..kesusahan...kesengsaraan dan kejerihan kita dalam meniti kehidupan di metropolitian sedikit mengajar kita pada kehidupan serta menyedarkan kita tentang keperitan..

Jika dahulu masa kita kecil lagi mama sering mengingatkan kita tentang iktibar disebalik kejadian keluarga kita aku harap kau faham dan ingatlah sekali lagi..

Dan jika kau masih berdegil untuk memilih dia sebagai pilihan hati kau..terima kasih dan aku terpaksa berundur dari keluarga ini dan aku cuba untuk mengelak dari bertembung dengan korang lagi..jangan terkejut jika aku lansung tidak mahu terlibat atas apa-apa aktiviti yang akan kita rancang menjadi hancur kerana kehadiran dia..untuk along, jaja and mama korang boleh teruskan dengan percutian keluarga jun ini tapi jika ada si Dia maaf aku tidak mahu turut serta..setelah aku mendapat nasihat dari papaku aku berhak untuk berbuat demikian.

Aku nekad kerana perjuangan mama selama ini ibarat kau meludah pada muka nya dan aku seolah menghina dia membuatkan aku terus untuk tidak bersetuju..jika kau katakan ini takdir aku harap kau terima lah takdir bahawa keluarga kita akan berpecah dengan tindakan engkau..

Aku berjanji tidak akan masuk campur urusan kau lagi dan usah pedulikan hidup aku lagi Cuma aku harap jangan kau lupa sumpah mama pada kita sebagai anak-anaknya..ayat-ayat itu masih tengiang-ngiang ditelinga aku seakan kata-kata itu seolah baru sahaja dilafazkan..oleh mama..

Mungkin entry ini sedikit membuatkan engkau marah pada aku...sesungguhnya aku maafkan engkau dan masih lagi sayangkan kau ...jika engkau mahu keriangan keluarga kita berakhir aku harap kau binalah hidup yang baru tanpa dia dan jika engkau mahu lihat kemurungan mama setiap hari maka teruskan lah hubungan itu...

Biar kita malu sekarang dan jangan dimalukan kemudian hari...
Ma, kitorang masih disini untuk sentiasa memberikan kecerian hari-harimu....