Thursday, October 20, 2011

……

 

Ya Allah..
Sesungguhnya haram bau syurga bagiku..
Seandainya aku derhaka kepada kedua orang tuaku..
Aku rindukan mereka, Ya Allah..
Aku ingin temui mereka sekarang Ya Allah..
Aku khuatir.. tiada lagi kesempatan buatku menemui mereka..
Andai bukan aku yg pergi meninggalkan mereka..
Mereka yang akan kembali menemuiMu..
Oleh itu..
Aku mohon Kau matikan aku sebelum aku berpeluang menjadi anak derhaka..
Aku cintai mereka, Ya Allah..
Aku sayang mereka, Ya Allah..
Namun aku tak pandai menzahirkannya..
Lisanku biadab terhadap mereka, Ya Allah..
Kata-kataku lancang meskipun aku sedar merekalah orang tuaku..
Oleh itu..
Kau lembutkanlah lisanku..
Kau zahirkan kasihku kepada mereka, Ya Allah..
Agar mereka dapat rasa..
Pengorbanan mereka kepadaku selama ini berbaloi, Ya Allah..
Cukuplah sekadar berbaloi bagi mereka, Ya Allah..
Kerana aku tidak mampu membalas jasa mereka, Ya Allah..
Andainya aku dapat berkhidmat pada mereka dunia dan akhirat,
tetap tidak akan setimpal dengan jasa mereka melahir dan membesarkanku, Ya Allah..
Aku hambaMu yg hina, Ya Allah..
Aku hambaMu yg lemah, Ya Allah..
Aku tewas bila syaitan meniup-niup api kemarahanku..
Nafsu amarahku sukar dibendung, Ya Allah..
Oleh itu..
Aku mohon Kau lindungi dan bantulah aku..
Agar menjadi anak yg soleh..
Yg dapat memberi bekalan kepada orang tuaku kelak..

Amiin...

No comments: