Tuesday, October 21, 2008

Hari Raya Celebration...






Haa .nie dia entry untuk hari raya...walaupun dah masuk raya yang ke 21 pada hari ini...aku rasa hari nie adalah waktu yang sesuai untuk aku menulis tentang hari raya...

Well hari raya tahun nie bagi aku cukup simple bagi kami sekeluarga...yerlah sejak abangku berkahwin tinggal la kami bertiga di rumah mamaku...jadi kami tidak lah beria sangatkan dan juga perginya insan tersayang yang amat kami cintai iaitu nenda kami...

So persiapan raya macam biasa...berkemas adalah perkara waib untuk kami sekeluarga..walaupun mama lah yang paling sibuk mengemas tapi aku hanya menumpukan mengemas di kamar tidurku sahaja..biasalah kan...aku suka pada ketenangan dan kelapangan dalam ruang kamarku....

dan tahun ini juga..dapur kami tidak berasap kerana segalanya ditempah oleh ku...sebab apa..sebab aku tidak mahu menyusahkan mamaku di dapur kerana keadaan kesihatan nya tidak begitu mengizinkan...(yerlah jatuh di tengah padang sewaktu familiy day) walaupun mendapat bantahan oleh mamaku kerana nanti tiada feel raya tapi aku tetap berkeras untuk tidak menyuruhnya masak...so tahun nie tiadalah rendang tradisi tiadalah masak kurma kegemaran kami sekeluarga...sebab setiap tahun semasa hayat arwah nenek ku masih ada..tugas mamaku di malam raya adalah menyediakan juadah kurma dan juga rendang....tapi kini semuanya tiada..sedih kan

Oklah raya pertama aku menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim iaitu bersembahyang sunat aidilfitri bersama kawan baikk ku Sham dan ibunya...di masjid wilayah persekutuan..sungguh syahdu bila menunaikan ibadah disitu..masjid ini menyimpan pelbagai kenangan buat ku...disinilah juga aku membawa syukran dan menunaikan solat sujud syukur akhirnya syukran menjadi milikku....

setelah selesai bersembahyang aku menghantar syam dan ibunya kerumah dan kemudian singgah dirumah paksu...tahun ini paksu beraya di rantauan iaitu di UK...dan kami menziarahi keluarganya yang berdekatan dengan rumah syam..

So setibanya aku dirumah mama dan adikku sudah menyediakan hidangan...tetapi disebabkan aku kecewa...dengan seseorang aku kembali ke katilku dan termenung seketika...tetapi kemudian aku kembali keruang tamu rumah untuk menjamah juadah yang disediakan...

So tengahari nya kami kerumah maklong....dan kemudiannya terus ke pusara nenek dan datuk di Port Dickson...setelah semuanya selesai membaca doa kami pun terus ke rumah aunty imah di seremban...

So waktu pun dah nak senja..selepas dari itu kami kerumah mak andak di paya jaras...kemudian bergerak pula ke rumah maklong kembali kerana adik beradik mama ku hendak beraya di rumah mak long...

So jam menunjukkan pukul 1 pagi...bertapa letih nya aku hari ini..semalam pun tido hanya 3 jam..nasib sham mengejutkan aku....untuk bersembahyang...

Raya kedua...beraya di kampung sebelah papa ku pula..bermula dirumah pak lang...kemudian menziarahi pusara arwah atuk dan wan....setelah itu kerumah induk..hurrmm..makan kat rumah induk sedap sangat...kegemaran ku...thanks ka long biah kerana menyediakan hidangan makan tengahari....uppss sebelum itu aku hilang dirumah pak lang..semua mencari aku...apa yang aku buat...bergayut dengan budak tue lah apa lagi...kami menceritakan seronoknya beraya...siapa budak itu...(BIARLAH RAHSIA)..huhuhuhuh...

dah kenyang makan kat rumah induk..ke rumah mak ngah pula....mak mulanya tiada kerana keluar beraya dirumah kenalan nya..yerlah pak ngah aku merupakan timbalan undang rembau...so kalau pangkatnya Dato' dan Datin la kan..so semalam rumahnya dipenuhi dengan kawan2 dan sanak saudara hari ini giliran mereka untuk menziarahi kawan2nya dan saudaranya pula...

Ok waktu dah time bak kata papa ku...kami bergerak ke rumah wan saudaraku...yang aku pun tak kenal...ada 3 ok...aku beraya jer lah..dan terakhir ke rumah tok ulong..itu pun kami hanya minum sebab perut ku dah penuh gilo...

So nasib adik aku drive...so apa lagi aku sempat membuta la sepanjang perjalanan kami ke seremban..di seremban kitorang beraya dirumah uncle parkir dan Haji Hussien dan aunty leha...setelah selesai beraya...balik dan iqa pun ikut...

so balik mama dah tido...aku pun apa lagi tido juga....esoknya bangun lewat dan bersiap untuk solat jumaat...setelah selesai solat jumaat...pergi ke Jabatan Imigresen untuk buat passport....huhu passport lama dah expired on June 2008 so kena renew la kan...nasib sekejap..dalam masa 1 jam setengah dah siap...

Balik jer dari settle kan renew passport balik rumah...owh mak long and family ada kat rumah....then lepas tue aunty imah and uncle hai pun tiba..aku bersiap sebab malam nie nak ke Kuantan pula...

So citer kuantan nanti aku update kan yer....

so sampai sini sajer dulu k....

No comments: