Wednesday, April 22, 2009

Bintulu

Huhu....Bintulu here i come!!

Hai Semua...

Sekarang aku kat Bintulu, Sarawak...apa aku buat kat sini...biasalah audit...hehehe...best kan jadi auditor...berjalan kesana-kesini..insya ALLAH aku akan ke Jakarta pulak next month...kalau di approve oleh Big Boss..

Uncle and Aunty kedai Eng Tat...masa aku kecik-kecik dulu selalu tunggu mama jemput balik dari sekolah...diorang masih ingat aku lagi...

Kalau korang nak tau sebenarnya Bintulu adalah bandar dimana aku membesar....aku dah pernah menetap kat sini sejak tahun 1985 lagi...masa tu umur aku 5 tahun....hehehe....bapak aku kejer kat sini....so bila dah dewasa...then dapat lak kejer ngan company oil and gas....so segala kenangan semasa aku di bintulu timbul kembali...

Pasar Tamu Bintulu...dulu masa aku kecik-kecik pasar nie atas sungai....kalau nak tengok mama aku berlari 100 meter suruh dia tengok ulat sagu dalam baldi...sure...korang terkejut...sebab mama ku lari macam mengejar pencuri...hiks......

Bintulu nie bukan nya besar mana...kecik jer...sehari berjalan pun dah puas...hehehehe...so ok guys nak sambung audit balik....see you then.....

Dulu kalau naik flight...it's about 7-8 hours perjalanan..coz from Subang to Kuching dan Kuching ke Bintulu naik Foker....hehehehe...tapi sekarang naik Boeing jer..cepat...dalam 2 jam dah sampai KL...


Owh..aku terbang ke KL esok....but nak cat umah pulak...sabtu pulak ke seremban hantar mama ke umah Uncle Hai untuk persediaan kenduri Tahlil....di Port Dickson...dan Isnin dan Selasa pulak ada pulak ada training on domestic inquiry...

Pack nya jadual hidup aku kan...untuk bulan April jer.....untuk bulan Mei pulak....apa lagi la assignment yang akan diberikan oleh Management...

Aku suka naik kapal terbang...tapi kekadang ia amat membosankan.....huhuhuhu

Sunday, April 19, 2009

Best nya Terengganu....

Hi semua....


Sekarang aku kat Kerteh, Terengganu...2 minggu aku disini....aku dapat rasai ketenangan kat sini..walaupun sedikit letih...

Apa yang aku suka orang-orang kat sini sungguh baik hati tak kira la lelaki...perempuan...tua atau muda...sepanjang aku kat sini aku jenis tak suka mengharap belas kasihan orang bila aku kat sini...aku sukakan kebebasan....

Rasa cam tak nak balik jer nak duduk jer Kerteh nie..tapi apa-apa pun aku kena balik KL sebab kehidupan aku memang di sana...

Oklah tengok la beberapa gambar yang aku ambik....






Find Yourself in Terengganu.....

Tuesday, April 14, 2009

Setahun Hampir Berlalu....Al Fatihah


Hi...salam semua...

Huh hari busy sikit jap lagi kul 3 ader meeting...ada beberapa perkara yang kena highlight nie...huhu tengah prepare...

Masuk-masuk opis jer dapat memo from GMD pasal illegal software...suruh kitorang remove all the illegal and pirated software and monitored by our Division..so tak senang duduk la gamaknya hari ni...i skip my lunch and bila sibuk tak terasa lapar lah pulak...lain kali nak la sibuk-sibuk cam nie...huhu apa ingat aku tak sibuk ke pada hari-hari bekerja...

Esok aku dah bergerak ke Kerteh...so for 2 minggu aku outstation and mungkin early may 09 nanti aku nak bercuti...belum cakap ngan mama lagi..aku harap proposal aku nie di luluskan la yer...

Alah nanti june kita 1 family pulak pergi bercuti...jangan risau..tak sabar rasanya....

Upps... korang semua nak tahu...29 April 2009 jam 3.05 petang tepat setahun Arwah Nenek ku...Norniah Binti Tahir pulang ke rahmatullah....akibat sakit tua...sehingga sekarang aku mesti sayu bila tengok gambar-gambar dia dalam laptop aku nie...

Segala percakapan dia nada suara dia..masih segar dalam ingatan aku...AKU RINDU NENEK AKU..sebab aku suka layan dia borak.....hiks tahan-tahan jangan leleh...hehehehe...

So family decide nak buat kenduri tahlil pada 26 April 2009 nie di Port Dickson...so guys (sedara mara aku) see you there tau....jangan lepaskan peluang gathering ini k...walaupun kepala sudah tiada...tapi dahan-dahan dan ranting-ranting masih ada untuk kita berpaut...bila dah tak der nanti..lain pulak jadinya...

Oklah ada setengah jam untuk aku prepare for meeting...so take care...uppss sebelum tue..sedekahkan lah AL-Fatihah kat Arwah Datuk dan Nenek ku....K...

Monday, April 13, 2009

Bosan la..

Salam...

Huh...sejak dua menjak nie aku sibuk sikit la.. biasalah kerana kerja aktiviti pun terbatas...

Hari nie cam biasa...masuk kejer...setelah meninggalkan my office selama seminggu...rasa rindu pulak...aku rasa cam best jer duduk dalam office aku nie sebab aku bebas untuk melakukan aktiviti aku...kalau kat tempat orang tue dah lah rasa cam menumpang lepas tu ada jer orang akan tegur la itu la ini la...

Semalam umah mama penuh orang...mama jemput andak...maklong..and aunty uji to have lunch at our house....uncle boy pun ada...dah besar si aishah...petah lak tu berkata-kata..lama dah kitorang tak gathering...

Mak long ada gak cakap ngan mama ku...yang dia rindu ngan semua adik beradik nya..nampak maklong cam tak sihat jer....i hope she ok la kan...

Dari pagi dah tolong mama...sampai ke malam..ingatkan nak balik shah alam tapi letih sangat aku balik la awal pagi...kuar umah sama-sama ngan mama...

Oh yer lupa...last week aku ke bintulu...tau tak kat mana...kat sarawak la....apa aku buat kat sana...biasalah meng"audit" jerlah kerja nya....huhuhu..bosan jugak bila buat benda yang sama kan...

esok lusa pulak aku terbang ke Kuala Terengganu dan turun ke Kerteh...huh...balik dari kerteh terus ke Bintulu semula untuk final process audit...letih siot...

Oklah aku sebenarnya tak der mood nak menaip nie..sebab jap lagi ada meeting ngan account division...siap la diorang kena basuh ngan aku...banyak benda yang tertunggak nie..claim aku dah berapa lama tak release...bila kira-kira boleh la kuarkan deposit untuk kereta baru..tapi kereta apa yang aku minat...tunggu la belum masanya lagi untuk aku tukar kereta baru..I aim for new house....

Ok geng tatatata...jumpa lagi....sambil tu cuba tgk clip nie...best siot....

Thursday, March 19, 2009

Thanks...for your email

Huh ada jugak orang membaca blog aku nie kan???

Thanks..Thanks...Thanks pada sesiapa yang membaca..menyinggah or menjadi lalat kat blog aku nie...

Kerana tujuan aku menulis blog ini..adalah untuk meluahkan segala apa ada dalam fikiran aku..dan bukan untuk mereka-mereka cerita...

Harap korang paham...

Wednesday, March 18, 2009

Luahan Hati Seorang Abang...


Sekarang aku dah dapat rasakan suatu arus yang mana dirumah mama ku tidak seriang dulu (3 minggu yang lepas) sebab apa sebab aku kurang bersetuju dengan apa yang menjadi pilihan hati adikku...

Segalanya berlaku apabila aku mendapat tahu bahawa adikku ada hubungan dengan seorang lelaki yang sedikit berumur, dan mempunyai keluarga (aku tahu dia sudah berpisah dan mempunyai anak seramai 4 orang) tapi kenapa dia menjadi pilihan hati adikku...lupakah kau pada keperitan mama?

Aku tahu semua ini apabila Papa telefon aku dan memberitahu aku apa status kawan adikku itu dan aku terkejut dan membuat aku tertanya-tanya apakah berita ini betul dan untuk mendapat kesahihan terus aku menyanyakan soalan itu kepada mama ku dan mamaku mengiyakannya, di dalam fikiranku terfikir dan lantas aku berdoa Ya Allah jika ini pilhan hati adikku Kau rahmati lah dia dan berilah petunjuk agar ia senang dan gembira. Terus mood jadi sedikit tidak bersemangat kerana apa, kerana pilahan hati adikku. Perkara ini terjadi semenjak aku dikenalkan pada sambutan hari lahir adikku NOVEMBER 2008.

Jika korang perasan aku pernah bagi tahu bahawa aku datang dari keluarga yang berpecah dimana papa ku dan mamaku tidak lagi bersama, mereka berpisah sejak aku berusia 10 tahun dahulu dan pahit manis yang aku lalui semasa mereka berkonflik membuatkan aku jera, kerana disaat-saat akhir mama ku dan papaku berpisah ayat-ayat itu masih lagi terngiang-ngiang di dalam fikiran ku..ya memang aku sayangkan mama lebih dari papa sebab apa.. korang mesti cakap sebab aku anak lelaki mama dan tanggungjawab anak lelaki adalah memprotect ibunya apabila dewasa...tetapi aku kasihan kerana aku tidak mahu kehidupan mamaku kosong biarlah kami adik beradik menceriakan hidupnya tanpa hadirnya seorang suami...

Tapi hakikatnya adalah kerana semangat mama ku membesarkan kami dengan keringat serta tubuh yang seakan tidak terdaya untuk melayan karenah kami, lagi-lagi aku yang sering mendatangkan masalah pada mama ku..aku sedar semua itu tapi jiwa aku ini masih ada darah yang inginkan keadilan dan kesaksamaan.. mamaku pernah jatuh sakit akibat tekanan hidup dan hadiah nya dia terlantar di hospital akibat dari komplikasi jantung..


Pada papa ku aku memang sayang dia sebab dia mengajar aku erti kehidupan, bagaimana untuk berdikari, menjadi orang yang berguna, serta serba sedikit memotivasikan aku..terima kasih papa atas segalanya dan adik mintak maaf atas segala pertelingkahan yang lampau..sesungguhnya adik perlukan kasih sayang seorang bapa yang telah hilang seusia 10 tahun lagi, adik tahu papa cuba curahkan kasih dan sayang papa pada kami tapi dengan berkecainya institusi keluarga kita membuatkan adik sinis pada papa...tapi pa sebenarnya adik dah cuba lupakan semua itu..tapi bohonglah kalau perkara itu terus luput dalam benak adik...

Doa-doa ku setiap hari agar mama ku dan aunty ku berbaik dan boleh bersemuka diperkenan kan oleh MU Ya ALLAH.. aku menjadi orang yang paling bahagia kerana setelah 17 tahun akhirnya mereka bersemuka dan melupakan perkara yang lepas-lepas.. Alhamdulillah...
Jadi berbalik pada kisah sebenarnya aku banyak jugak berbincang dengan mama dan juga papa jika jodoh adikku dengan pilihan hatinya itu di restui maka kami sekeluarga harus menerima dia seadanya betul tak??

Jadi kami menerima dia di dalam keluarga dan cuba untuk tidak melakukan sebarang “double standard” pada dia dimana setiap aktiviti keluarga pasti mama akan menjemputnya dengan alas an bahawa suatu hari nanti dia akan jadi sebahagian dari keluarga kami.
Bila aku berborak dengan papa ku soalan yang sering ditanya bila adikku akan mengikat hubungan dia dengan pilihan hatinya dan hanya jawapan “papa Tanya sendiri” sering melakar dibibir aku ini...sebab tiada perbincangan antara kami adik beradik termasuk bersama abangku..jika dia membisu perlukah kami yang bertanya..jangan memberikan jawapan bahawa kami merestui hubungan korang tanpa mengetahui siapa dia yang sebenar..perlukah kami menyiasat siapa sebenarnya dia...

Sehinggakan apa bila aku mendapat berita yang kurang menyenangkan atas status pilihan hatinya 3 minggu lepas dan keadaan berubah serta merta lantas aku memberitahu mama dan mama seakan terasa tamparan yang begitu kuat bagi dirinya, mama juga memberitahu bahawa jantungnya hampir terhenti seketika dan dadanya mula sakit...lantas aku menelefon abangku untuk dia menelefon mamaku dan mengarahkan mamaku bertenang dan bawa berbincang. Sehingga sekarang mama tidak boleh menerima pilihan hati adikku. Dia membohong papa ku menyatakan bahawa kami merestui hubungan mereka..soalan aku bila? Dimana? Dan dengan siapa? Adakah kau ada abang dan mama yang lain selain kami. Alhamdulillah papa ku bijak untuk dia menyatakan persetujuan, hendaklah kau mendapat restu dari insan yang melahirkan kau, mengapa kau cuba membelakangkan mama? Kenapa tidak berbincang dengan kami? Kenapa sanggup kau membohongi papa? Pernah kau bercerita siapa dia sebenarnya?

Dan hingga detik ini aku dapat lihat raut wajah mama ku tidak seceria dulu dan sering mengeluh pada dirinya sendiri, aku tidak mahu mamaku bersedih untuk dia meniti saki baki kehidupan dia..ya mungkin korang yang membaca dan mengetahui aku akan berkata cakap tak serupa bikin betul tak? Tapi sebenarnya aku cuba untuk tidak menghampakannya dan cuba menjadi yang terbaik buat dirinya. Kini aku terpaksa menggalas semua itu kerana itu lah mama...mama..mama..aku keluar lewat malam kerana siangnya untuk aku bersama mama...memang aku berehat didalam bilik tetapi jika mama mahukan sesuatu atau mengajak aku adakah aku tidak memenuhinya..memang aku tidak duduk sebumbung tapi aku cuba untuk penuhi segala permintaannya..sebab aku tak nak dia semacam makcik2 aku yang lain..

Untuk adikku,


Harap kau sedarlah apa yang telah engkau lakukan ini, kerana ia serba sedikit menyakiti hati mama dan juga papa, jangan kau risaukan kami tapi kau risaukan lah mama dan juga papa biarlah mereka gembira kerana kita dan bukan bersedih kerana kita..
Untuk jadi yang terbaik kita kena berkorban, berkorban demi menjaga hati mereka ini dan aku harap kau faham kan..

Sedar atau tidak kau yang kita datang dari mana..kesusahan...kesengsaraan dan kejerihan kita dalam meniti kehidupan di metropolitian sedikit mengajar kita pada kehidupan serta menyedarkan kita tentang keperitan..

Jika dahulu masa kita kecil lagi mama sering mengingatkan kita tentang iktibar disebalik kejadian keluarga kita aku harap kau faham dan ingatlah sekali lagi..

Dan jika kau masih berdegil untuk memilih dia sebagai pilihan hati kau..terima kasih dan aku terpaksa berundur dari keluarga ini dan aku cuba untuk mengelak dari bertembung dengan korang lagi..jangan terkejut jika aku lansung tidak mahu terlibat atas apa-apa aktiviti yang akan kita rancang menjadi hancur kerana kehadiran dia..untuk along, jaja and mama korang boleh teruskan dengan percutian keluarga jun ini tapi jika ada si Dia maaf aku tidak mahu turut serta..setelah aku mendapat nasihat dari papaku aku berhak untuk berbuat demikian.

Aku nekad kerana perjuangan mama selama ini ibarat kau meludah pada muka nya dan aku seolah menghina dia membuatkan aku terus untuk tidak bersetuju..jika kau katakan ini takdir aku harap kau terima lah takdir bahawa keluarga kita akan berpecah dengan tindakan engkau..

Aku berjanji tidak akan masuk campur urusan kau lagi dan usah pedulikan hidup aku lagi Cuma aku harap jangan kau lupa sumpah mama pada kita sebagai anak-anaknya..ayat-ayat itu masih tengiang-ngiang ditelinga aku seakan kata-kata itu seolah baru sahaja dilafazkan..oleh mama..

Mungkin entry ini sedikit membuatkan engkau marah pada aku...sesungguhnya aku maafkan engkau dan masih lagi sayangkan kau ...jika engkau mahu keriangan keluarga kita berakhir aku harap kau binalah hidup yang baru tanpa dia dan jika engkau mahu lihat kemurungan mama setiap hari maka teruskan lah hubungan itu...

Biar kita malu sekarang dan jangan dimalukan kemudian hari...
Ma, kitorang masih disini untuk sentiasa memberikan kecerian hari-harimu....

Wednesday, February 25, 2009

Di Saat Ini...

Huhu...lama dah tak menulis..lebih kurang dalam 3 minggu kot..kan

Macam-macam terjadi dalam hidup aku dalam 3 minggu kebelakangan ini...aku happy...aku sedih..aku geram dan aku terdiam buat seketika...

Baik aku ceritakan apa yang terjadi dalam 3 minggu iaitu selepas aku balik dari bintulu...

Aku ke lumut bersama kawan-kawan baikku...Sham...Azy dan Zafry...aku ada kejer sikit disamping bercuti...we have great vacation yang menyeronokkan....masing happy and we have fun...aku tak kan lupa apa yang terjadi pada saat itu...aku suka sangat...bila berjauhan dari kerja...keluarga dan sesiapa saja aku rasa kosong sangat..

So balik dari lumut...esoknya aku still on leave...korang tau apa terjadi...kereta aku cuba dipecah masuk..untuk kali yang kedua..jika november lepas cerming kereta pecah...kali nie paddle kereta pulak patah..aku pelik...

Tapi aku tak tertekan...aku betulkan balik...ok lah tak kisah sangat pun....

Hurrrmmm apa yang terjadi ekk lagi..

Owh kitorang ke Ulu Yam..kali nie ngan family aku...huhu...best siot...ada andak..mak long...and aunty uji...so kira cam family outing la...we have great sunday morning...tak sedar dah masuk kul 6 baru balik...and supposed aku ke kerteh masa tu...

Masa kat Ulu Yam aku nya phone tak der coverage...huhu bila sampai umah aku dpt sms menyatakan Bapa pada Ali Taruddin (adik Datin Seri Siti) meninggal dunia...Takziah buat korang sekeluarga ekkk...yang pergi akan tetap pergi kita di dunia carilah ketenangan dan keredhaan selagi hidup...

So aku decide pergi kerteh on early morning monday....the journey was so calm and aku relax jer bawak kereta...sesambil drive...boleh fikirkan tentang kehidupan ini yang sungguh menarik....

Apa lagi ekk..owh masa kat kerteh aku tak duduk hotel pun just stay kan umah buddy aku di awana kijal...thanks to hengs kerana memberi penginapan di terataknya yang sunggu best....

Haaa...masa aku di kerteh my step mum masuk hospital for major operation....alhamdulillah dia dah sihat....

Apa lagi ekk.. itu jer lah kot...now we are plan for another vacation...may be luar dari Malaysia kot...huhu tunggu je yer any updates..

Apa yang penting aku happy sekarang nie...apa yang buat aku happy adalah...pasal kejer...kawan-kawan...keluarga

Oklah itu jer kot....salam dari aku...

Tuesday, February 3, 2009

20 Kadang-Kadang...

Mari kita mulakan ayat kita dengan kadang-kadang..

1. Kadang-kadang kita lupa yang kita dilamun cinta....ada orang tue sampai lampu kereta pun terlupa nak pasang....sehinggakan berjalan melebihi jarak 5km...siapa kah???

2. Kadang-kadang kita lupa kita telah ditinggalkan oleh orang tersayang sehinggakan tidak sedar kita menyebut nama dia berkali-kali...

3. Kadang-kadang kita lupa bahawa kita diperhatikan sehingga kita melanggar pasu bunga yang diletak di tepi-tepi jalan di Shah Alam...

4. Kadang-kadang kita lupa yang jika kita lihat orang tue tergedik-gedik sedangkan kita pun lebih tergedik-gedik dari dia..

5. Kadang-kadang bila kita berangan-angan sebenarnya kita sudah memenuhi angan-angan kita itu..

6. Kadang-kadang bila kita suka kan seseorang tue mulut kita tidak mudah untuk menyatakan bahawa kita meminati dia..

7. Kadang-kadang kita lupa bahawa kita sudah berada di dalam zon yang amat selesa..

8. Kadang-kadang kita lupa tanggungjawab kita pada Allah, Keluarga dan Masyarakat..kita dok buat la bising kat tempat-tempat awam...(attract people)

9. Kadang-kadang kita lupa yang kita nie sebenarnya dah tua yang masih berperangai macam budak-budak muda..

10. Kadang-kadang kita lupa yang kadang kala kita jadi gila kerana si dia....

11. Kadang-kadang kita asyik teringat kan kenangan yang indah bersama dia tetapi kita lupa tentang apa yang dia buat kita sakit hati..

12. Kadang-kadang kita tidak membuat apa-apa perancangan dan rancangan itu datang dengan sendirinya...(matila planning tak menentu)

13. Kadang-kadang kita lupa kita sering membuatkan kawan kita tertunggu-tunggu di luar rumah sedangkan kita masih bersiap didalam rumah...

14. Kadang-kadang kita leka dengan janji-janji si dia yang dia adalah pilihan terbaik untuk kita...

15. Kadang-kadang kita lupa nak membayar hutang kawan kita...walaupun gaji dah masuk...

16. Kadang-kadang kita tidak percaya kita telah memandu kereta hingga ke suatu tempat yang kita sendiri tidak tahu tempat itu...

17. Kadang-kadang kawan kita asyik menyanyakan siapa yang singgah dihati kita sedangkan dia sudah tahu jawapan nya..

18. Kadang-kadang kita sering lupa bahawa kita dan dia tidak ada apa-apa hubungan tetapi jari jemari sering gatal untuk cuba menghubungi sidia...

19. Kadang-kadang kita lupa bahawa hukum karma itu pasti tiba dan kita terdiam seketika..

20. Kadang-kadang kita sebenarnya tidak tahu apakah perasaan kita pada si dia..

So korang rasa siapa kawan kita...

Mahu tengok siapa kita..tengok lah dengan siapa kita berkawan....

Monday, February 2, 2009

Luar dari Kawasan

salam..aku ke bintulu, sarawak selama seminggu.. So i still can be contacted through ym..facebook or email..lama gak tak gie bintulu dalam setahun jugak la...so any news aku akan update..k.. Take care..

Friday, January 23, 2009

Cukup...Cukup....

Bosan Aku dengan penat....

Hurrmmm...semalam aku dapat call dari dia yang lama tak call aku...huhu...things goes ok mula-mula tapi dah lama...ibarat gurung berapi nak meletup....meletus segala cerita lama...

Aku ekceli layan cam biasa jer...bila orang beri salam kita jawab la dengan ikhlas..tul tak..tapi dia cakap aku jawab tak ikhlas...ehh cam ner dia tahu aku jawab tak ikhlas ekk...harus kah aku menjerit bila menjawab salam si dia...aku pening...aku pening...

Kemudian dia mengungkit cerita-cerita lama yang bagi aku....tak mahu tahu pasal cerita lama yang aku dah simpan dalam kotak memori yang lain...sekarang aku mula dengan memori yang baru..so bila dia bukak cerita lama...aku jadi terkedu dan down buat seketika..aku perlukan bantuan..

Perlu ker aku biarkan dia terus membebel or aku cut off the line...but aku tak nak la dikatakan kurang ajar kan..so i let him talks untill finished....so aku hanya ckp ok dah puas...and so...apa lagi...so aku pun cakap aku byk kejer and cut the line...sorry malas nak layan..

Aku percaya pada takdir dan rezeki serta ketentuan dari NYA kalau di izinkan oleh NYA aku bersyukur kerana menemukan aku dengan si dia...tapi kalau DIA tidak mengizinkan sebaik mana perhubungan pasti terselit rasa kebencian kan...

Aku suka dengan diri aku sekarang yang bebas melakukan sebarang kejer...tanpa dia hidup ku kini happy....tenang...tak la cam dulu....biarla usia melewati segalanya aku percaya dengan adanya keluarga...kawan-kawan jiwa aku pasti tidak akan kosong malah penuh dengan cerita-cerita yang sering membuatkan aku gembira dan girang...

Untuk si dia..percayalah cukup sampai disini...harap kamu jangan ada dendam yang tersirat...aku sudah maafkan mu semenjak aku nekad untuk berundur diri..walau pahit untuk aku telan tapi ini terpaksa aku lakukan demi masa depan kita kan...

Walau seketika terjalin kasih kita..kenangan bersama tiada ku lupa...cukup la sekali kau menghiris hati....bilang saja pada semua diriku kini sendiri...

Nasib mood aku tak down hari nie..I'm ok..jangan risau yer...aku sentiasa akan ceria...tertawa seperti biasa....aku tak akan tukar mood aku...sebab aku dah biasa menghadapi situasi ini...

Ini lah masanya untuk aku bagi tahu yang kini aku FREE dan tidak ada sesiapa dalam diri ini kecuali Mama..Papa...dan adik beradik ku...tidak dilupakan kawan-kawan ku terutama Sham..yang sentiasa memahami perasaan ku....tak der la airmata untuk aku titiskan..sebab aku bertambah kuat....

Lagi sekali untuk sidia...please...please don't disturb me again....cukup la..yer harap kau paham k.....

Salam Jumaat...