Tuesday, February 3, 2009

20 Kadang-Kadang...

Mari kita mulakan ayat kita dengan kadang-kadang..

1. Kadang-kadang kita lupa yang kita dilamun cinta....ada orang tue sampai lampu kereta pun terlupa nak pasang....sehinggakan berjalan melebihi jarak 5km...siapa kah???

2. Kadang-kadang kita lupa kita telah ditinggalkan oleh orang tersayang sehinggakan tidak sedar kita menyebut nama dia berkali-kali...

3. Kadang-kadang kita lupa bahawa kita diperhatikan sehingga kita melanggar pasu bunga yang diletak di tepi-tepi jalan di Shah Alam...

4. Kadang-kadang kita lupa yang jika kita lihat orang tue tergedik-gedik sedangkan kita pun lebih tergedik-gedik dari dia..

5. Kadang-kadang bila kita berangan-angan sebenarnya kita sudah memenuhi angan-angan kita itu..

6. Kadang-kadang bila kita suka kan seseorang tue mulut kita tidak mudah untuk menyatakan bahawa kita meminati dia..

7. Kadang-kadang kita lupa bahawa kita sudah berada di dalam zon yang amat selesa..

8. Kadang-kadang kita lupa tanggungjawab kita pada Allah, Keluarga dan Masyarakat..kita dok buat la bising kat tempat-tempat awam...(attract people)

9. Kadang-kadang kita lupa yang kita nie sebenarnya dah tua yang masih berperangai macam budak-budak muda..

10. Kadang-kadang kita lupa yang kadang kala kita jadi gila kerana si dia....

11. Kadang-kadang kita asyik teringat kan kenangan yang indah bersama dia tetapi kita lupa tentang apa yang dia buat kita sakit hati..

12. Kadang-kadang kita tidak membuat apa-apa perancangan dan rancangan itu datang dengan sendirinya...(matila planning tak menentu)

13. Kadang-kadang kita lupa kita sering membuatkan kawan kita tertunggu-tunggu di luar rumah sedangkan kita masih bersiap didalam rumah...

14. Kadang-kadang kita leka dengan janji-janji si dia yang dia adalah pilihan terbaik untuk kita...

15. Kadang-kadang kita lupa nak membayar hutang kawan kita...walaupun gaji dah masuk...

16. Kadang-kadang kita tidak percaya kita telah memandu kereta hingga ke suatu tempat yang kita sendiri tidak tahu tempat itu...

17. Kadang-kadang kawan kita asyik menyanyakan siapa yang singgah dihati kita sedangkan dia sudah tahu jawapan nya..

18. Kadang-kadang kita sering lupa bahawa kita dan dia tidak ada apa-apa hubungan tetapi jari jemari sering gatal untuk cuba menghubungi sidia...

19. Kadang-kadang kita lupa bahawa hukum karma itu pasti tiba dan kita terdiam seketika..

20. Kadang-kadang kita sebenarnya tidak tahu apakah perasaan kita pada si dia..

So korang rasa siapa kawan kita...

Mahu tengok siapa kita..tengok lah dengan siapa kita berkawan....

No comments: