Tuesday, February 28, 2012

Lara Lagi - Acoustic cover by Ajek Hassan



no words but action....

Monday, February 27, 2012

OMBAK RINDU versi taubat :)



:(

Friday, February 24, 2012

Thaqif - Ombak Rindu



Nice voice!!!!

Cayalah Bro!!!

Krisdayanti - I'm Sorry Goodbye (Official Video Clip)




Sebelum bertemu denganmu
Diriku bahagia
Semenjak bertemu denganmu
Ku makin bahagia
Semakin lama aku
Semakin tau tentang engkau
Sedikit kecewa
Ternyata engkau tak baik
Pertama tama semua manis
Yang engkau berikan
Membuat aku merasakan
Cinta sebenarnya
Semakin hari
Semakin terungkap
Yang sesungguhnya
Kumakin kecewa
Ternyata kau penuh dusta
Reff:
Maafkan ku harus pergi
Ku tak suka dengan ini
AKU TAK BODOH
Seperti kekasihmu yang lain
Terima kasih oh Tuhan
Tunjukkan siapa dia
Maaf kita putus
So thank you so much

Tuesday, December 27, 2011

Hazrul Nidzam - Kaulah Segalanya (Lagu Tema)



Kau merubah segala,
Cinta yang ku dahaga,
Kehadiran dirimu menyinarikan semula hatiku,
Kaulah segalanya,
Yang menyinar hidupku, kasih
Hanya satunya yang ku cintai

Hulur tanganmu kasih,
Sambut cintaku,
Jangan tinggalkan aku seorang diri
Tak sanggup lagi dilukai

Maafkan aku, jika salahku,
Peristiwa yang pernah ku alami dulu
Aku tahu, betapa pahit mu,
Menerima sejarah hidupku

Kaulah segalanya,
Yang menyinar hidupku, kasih
Hanya satunya yang ku cintai

Sambutlah cintaku
Jangan kau pergi dari sisiku
Cintaku padamu ikhlas sejati

Cintaku padamu, ikhlas sejati

Thursday, October 20, 2011

……

 

Ya Allah..
Sesungguhnya haram bau syurga bagiku..
Seandainya aku derhaka kepada kedua orang tuaku..
Aku rindukan mereka, Ya Allah..
Aku ingin temui mereka sekarang Ya Allah..
Aku khuatir.. tiada lagi kesempatan buatku menemui mereka..
Andai bukan aku yg pergi meninggalkan mereka..
Mereka yang akan kembali menemuiMu..
Oleh itu..
Aku mohon Kau matikan aku sebelum aku berpeluang menjadi anak derhaka..
Aku cintai mereka, Ya Allah..
Aku sayang mereka, Ya Allah..
Namun aku tak pandai menzahirkannya..
Lisanku biadab terhadap mereka, Ya Allah..
Kata-kataku lancang meskipun aku sedar merekalah orang tuaku..
Oleh itu..
Kau lembutkanlah lisanku..
Kau zahirkan kasihku kepada mereka, Ya Allah..
Agar mereka dapat rasa..
Pengorbanan mereka kepadaku selama ini berbaloi, Ya Allah..
Cukuplah sekadar berbaloi bagi mereka, Ya Allah..
Kerana aku tidak mampu membalas jasa mereka, Ya Allah..
Andainya aku dapat berkhidmat pada mereka dunia dan akhirat,
tetap tidak akan setimpal dengan jasa mereka melahir dan membesarkanku, Ya Allah..
Aku hambaMu yg hina, Ya Allah..
Aku hambaMu yg lemah, Ya Allah..
Aku tewas bila syaitan meniup-niup api kemarahanku..
Nafsu amarahku sukar dibendung, Ya Allah..
Oleh itu..
Aku mohon Kau lindungi dan bantulah aku..
Agar menjadi anak yg soleh..
Yg dapat memberi bekalan kepada orang tuaku kelak..

Amiin...

Thursday, October 6, 2011

Eh Betul ke nie?? : JANGANLAH BUAT ORANG YANG MENCINTAI KAMU KECEWA

 

Salam..Apakhabar semua?? sihat…ok disini ada artikel yang saya dapat dari satu laman sesawang..yang boleh kita kongsi…untuk panduan saya dan juga kawan-kawan yang lain…

sedih

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,’Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari ulang tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh di hati?’
  16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
    dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
  23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Sekian….tak boleh kata apa-apa…saya rasa dia merasai nya…maafkan saya….

Thursday, September 15, 2011

Wordless Thought...

Salam Korang...

Apa Habaq? Baik Ka? Amacam raya? Best Beraya? Dapat Banyak Ang Pau?

Well baik aku jawab semua soalan yang aku lemparkan kat atas tu...

Aku Sihat alhamdulillah cuma beberapa kondisi kureng memuaskan...aku disahkan mengidap sakit "Carpel Tunnel Syndrom" dimana pergelangan tangan aku sangat sakit...disebabkan simpulan-simpulan urat yang berkumpul di satu tempat. dan juga "unstable hormone" didalam badan....doktor dah lakukan macam2 dan dia cuba yang terbaik untuk aku...apa-apa pun aku redha semua ini dengan ketentuan Ilahi..andai dia ingin menjemput ku aku redha...sebab memang itu janji Dia pada kita kan...

What is carpal tunnel syndrome?
Carpal tunnel syndrome occurs when the median nerve, which runs from the forearm into the hand, becomes pressed or squeezed at the wrist. The median nerve controls sensations to the palm side of the thumb and fingers (although not the little finger), as well as impulses to some small muscles in the hand that allow the fingers and thumb to move. The carpal tunnel - a narrow, rigid passageway of ligament and bones at the base of the hand - houses the median nerve and tendons. Sometimes, thickening from irritated tendons or other swelling narrows the tunnel and causes the median nerve to be compressed. The result may be pain, weakness, or numbness in the hand and wrist, radiating up the arm. Although painful sensations may indicate other conditions, carpal tunnel syndrome is the most common and widely known of the entrapment neuropathies in which the body's peripheral nerves are compressed or traumatized.

 

Semua nie terjadi ada sebab nya..mungkin sakit yang datang hari ini dapat menyucikan atau menghapuskan dosa-dosa aku yang lampau serta ketaatan aku pada Yang Esa dan juga kedua orang tua ku..Mama dan Papa...

Apa-apa pun aku masih boleh lagi tersenyum dan membuat orang lain tersenyum terutama Mama ku...cukup buat dia tersenyum adalah nikmat buat diriku...walau sakit ke hilang mood ke...ataupun tak der masa nak tersenyum ke...aku janji aku tak nak tunjuk depan korang sakit yang aku tanggung...

Semua aku lakukan supaya kita semua dapat tersenyum...mungkin beberapa orang memahami dan rasa sakit yang aku tanggung...tapi perasaan hati ini maaf hanya aku yang tanggung...

Maaf yer kawan-kawan kalau aku ada buat salah dan silap...kita masih mood beraya Aidilfitri kan...so aku mintak maaf tak salah kan...

Kalau korang ada Facebook aku mesti ada yang meluat tengok status aku sebelum...semasa dan selepas raya kan...dan dalam fikiran korang mesti berkata macam dia sorang je yang beraya kesana kesini...buat itu buat ini...beriya pulak menyambut hari raya...dah itu yang di tuntut menyambut hari kemenangan...kemenangan kita berpuasa betul tak...dan bersyukur dapat kita beraya lagi tahun ini...mana tahu ini Aidilfitri yang terakhir buat kita...hanya Dia sahaja yang tahu kan...

Aku buat semua itu supaya aku dapat hilangkan rasa sakit aku kot..walaupun penat terasa satu je niat aku buat semua kerana nak beraya dan menyambut raya dengan gembira tanpa ada perasaan marah or sedih-sedih nie...walau pun cucuran airmata terkeluar dengan sendirinya tapi ia tidak terjadi dikhalayak ramai dan aku bukan suka sedih2 nie kerana ia akan mendatangkan sakit kot...

Well...aku buat semua ini puas untuk aku kot...dan juga aku harap puas untuk orang yang berada disekeliling aku...maaf la kalau ada perasaan tak puas hati tu...tunggu la lepas-lepas nie..kan...yang penting kita bahagia dan gembira...

Tahun ni rumah mama alhamdulillah tiap2 minggu ada je tetamu yang datang...ini semua rezeki dan doa kami semua supaya Aidilfitri dapat dirasai bersama sanak saudara dan sahabat handai....Maaf andai kehadiran korang kurang selesa kerana keadaan rumah kami agak kecil "sekangkang kera" tapi niat untuk menziarahi itu sudah cukup untuk mendapat pahala kan...

Untuk yang disana maaf andai diri ini tidak hadir dihadapan mata..tapi cukup lah ia hadir didalam fikiran kita berdua...I love You!!! and sorry for everything...saya bukan la orang yang baik dan taat tapi cukuplah dengan membuat korang semua tersenyum...dan kini itu semua tiada lagi...walau jauh dari sudut hati ingin bertemu tapi biarlah ku pendam sebuah duka...bukan derhaka bukan membenci..tapi cukup berdiam diri supaya kita boleh berfikir dan berjumpa suatu hari nanti...

Apa-apa pun I still have a part of you in my body....

Sorry tak boleh teruskan atas sebab-sebab tertentu....stop here...

Jumpa lagi...

Al-Wael