Wednesday, September 16, 2009

Email dari kawan ku....sedih beb...

*Assalammualaikum, Bacalah Secebis Kisah yang dipaparkan.*

Untuk renungan dan iktibar. Walau pun kini kita sudah dianugerahkan
oleh
Allah Swt. dalam kesenagan / kemewahan / kebahagian tolehlah
kebelakang

dan tunduklah kebawah betapa ramai lagi INSAN yang tak bernasib baik
seperti kita. INSAFLAH ! JANGAN BAKHIL dengan kesenangan dan kemewahan

kita, Bantulah mereka seadanya sekadar yang terdaya oleh kita. Sempena
kehadiran Bulan Ramadhan ini jangan kita MEMBAZIR MASA DAN HARTA

(WANG) untuk berpesta berbelanja. BANTULAH MEREKA YANG MEMERLUKANNYA.
Hanya
Peringatan untuk semua.. Wassalam

*

Secebis Kasih Sayang..*
Aku cuma ada seorang adik.. Usianya tiga tahun lebih muda daripada
aku.Suatu
hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan
anak
gadis keti ka itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia
meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat
rotan
panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-
dua
kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil
mengangkat
tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya
sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata
itu,hayunan
dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu
untuk
bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak
tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi
perbuatan
kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya
yang
berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati..Namun adik cukup tabah.
Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-
cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku
yang
takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu
berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun
bersilih
ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan
baru
semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama
penuh
dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-
universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di
ruang
tamu. Aku terdengar ayah berkata,

"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga
sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang…!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan
ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan
merenung
wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang
mampu aku
lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana
persekolahan
kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa
keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala
menyapu
minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia
membawa
bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin
tempat
dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..

"Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja
dan
akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia
cukup
kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:

" Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri
dengan
pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa
yang akan
kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup
tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas
bebutir
pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli
apa
orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk
kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya
tengok
ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya
dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu
konvokesyen.Aku
lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya
balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-
luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

''Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya..

"Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan
serpihan
simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk
bekerja
keras."

Apalagi…aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan
menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik
ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan
kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah
tiada.
Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara
majlis
bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya…."katanya lantas
menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke
sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya
memakai
kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia
berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya
berdarah
sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

''Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa
saja
demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai
bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik
sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

*"Jika tak dapat apa yang kita suka,,belajarlah menyukai apa yg kita
dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."*

Sunday, June 21, 2009

Happy Father's Day!!!

Salam...

hari nie hari ahad...so aku duduk umah jer...meneman mama kat umah..pagi aku bangun niat nak ke...pasar tani...di taman melewati...tapi tak der pulak...so sarapan kat tmn melewati..then mama ajak aku ke carrefour....punyalah ramai nya manusia....

Aku baru lepas kemas bilik tidurku.....huh letih....ehh jap...hari nie 21 June 2009 kan...it's father's day la....laaaaa aku terlupa....



Kepada Encik Osman Haji Abdul Latif
Selamat Hari Bapa....Semoga papa sentiasa tenang dan mendapat kenikmatan di dunia dan akhirat...adik minta maaaf kalau selama ini adik sering buat papa marah kan...but this is me...ok...hope you understand....and dont forget that I will always love you and will protect you!!!
~Luv : Mok~

Ramai cakap aku banyak persamaan dari segi perangai...mulut bising....tegas...dan juga suka buat lawak....huhuhu mungkin kot.....entah la....kalau betul dah itu apak aku kan....banyak jugak yang aku warisi...sehingga profession aku sekarang pun adalah kesinambungan dari papa ku...Papa ku seorang HRM masa ngan MTBE (Petronas) dulu and sekarang dia seorang free lance trainer...for may petronas OPU...aku pulak sama la cam papa ku...and i think i can beat him now!!! huhu jangan marah aaaa.....



Oklah nak makan mama masak nasik goreng kegemaran ku....NASIK GORENG CINA MAMA STYLE and FRIED CHICKEN WING!!!

So to all Father's outside there Happy Father's Day!!!!!!

tengok lah video clip ni....sedih....



yang nie lagi sedih...



So sayangi la papa kita...selagi dia masih ada....mungkin maaf tidak mencukupi tapi dengan mengambil berat dan sentiasa berhubung dengannya menjadikan kita lebih dekat dengan papa...


Friday, June 5, 2009

Bisakah.....

Hai semua...huhuh seminggu kan aku tak menhapdatekan blog aku nih...so hari nie aku cuba nak hapdatekan yer....

sebelum tu mari kita dengar lagu dari .......



Dato’ Siti Nurhaliza - Bisakah

Pernahku Terasa Ingin Membawa
Cinta Yang Terlara Ke Titik Mula
Kembali Mencuba Untuk Kali Kedua
Menggilapkan Gerhana Jiwa

Pernah Ku Terasa Ingin Merayu
Pada Kasih Dulu Pulang Padaku
Lupakan Dosaku Putihkan Kelabu
Tenangkan Amarahmu
Namun…

Chorus
Bisakah Yang Terpadam Dinyala
Bisakah Yang Terhina Dicinta
Walau Ku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu

Naluri Meminta Kuungkap Kata
Seindah Bahasa Janjikan Setia
Agar
Bersemilah Cinta Dihatinya
Percaya Ku Semula
Namun…

Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Yang Dusta Dimaafi
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu

Bila Senduku Berlinang Sayu
Dalam Rindu Ku Tertanya

Ulang Chorus

Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Hatiku Difahami
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu

Tetiba pagi tadi aku bangun dari tido..aku teringat lagu nie...memang sedih gila...dah la pagi-pagi jumaat kan...huhuh...

Apa-apa pun aku ok jangan risau yer tentang aku..cuma ter"feeling" pulak pagi2 nie....

Oklah....selasa lepas aku terbang ke Kerteh atas urusan kecemasan di kerteh...aku ckp ngan boss aku yang aku tak selesa nak drive dlm keadaan tergesa-gesa...then aku terfikir yang Fire Fly ada kat Terminal 3 Subang Airport...so aku rasa that was the best way untuk kesana rather i naik bus....

so arrangement dah dibuat and flight aku tu kul 0630 pagi yer...so imagine that i've to wake up kul 4 pagi....macam ada gam kat mata nie...huhu....so sampai jer kat subang i'm impress...sebab i rasa dulu subang airport nie besar...tapi bila teksi berhenti depan terminal 3 i rasa cam kecik...yerla last aku gie subang airport masa arwah nenek pegi UMRAH sama-sama ngan aunty imah and maklong...husband and wife la...

then aku tanya taxi driver...nie ke subang airprt..dia cakap sini la tempatnya..then bila aku masuk baru aku realize yang tempat nie hanya lah terminal 3 yang aku pernah pergi dulu adalah terminal 1 and 2.....hehehehehe..yerlah cakap pasal citer 15-16 tahun yang lepas kan....mana lah nak ingat...

So bila aku masuk jer terminal 3 tue...huh.hebat...it's like exclusive lounge la.....yang lain dari yang lain dan ia lebih elok dari LCCT kat sepang tu...sorry la pada member air asia..

so lugage check in was so smooth...and maklumlah awal pagi kan...kedai dia banyak tak bukak lagi...yang aku impress terminal 3 tu kecik....tapi dalam dia ada starbuck...big apple...butler...kopitiam...bank may bank and CIMB...dan bermacam2 lagi la..free duty pun ada...

cuma keadaan sekarang nie diorang dalam final stag of renovation and some tempat tu masih under construction...tapi apa yang aku boleh katakan..lepas nie senang untuk aku ke kerteh kuantan dan mana2 destinasi yang tersenarai oleh fire fly....

Ok la nak sambung kejer and enjoy serba sedikit gambar yang ada k...










Ok before i end...please view this video coz father's day is just round the corner....nanti next entry for my Papa yer....



terkedu and nangis sekejap..hargailah dia walau kadang-kadang ia sedikit menyakiti hati kita...Love you PA!!!!!!

Hope thing will come back like before ya!!!

Monday, June 1, 2009

My Views

Hurmm...bosan la blog aku nie kan...sebab apa ekk..sebab aku malas nak update sejak dua menjak nie..

Bukan sebab aku tak der mood nak menulis bukan sebab mental aku unstable...tapi aku sibuk menjalani kehidupan seharian aku....al maklumlah kan isnin hingga jumaat dah sibuk dengan kerja balik kerja pulak lepak ngan kawan then malam masuk bilik terus tido...keadaan cuaca yang tidak menentu....panas beb...tak tahan....

Oklah ada cerita yang aku nak bagi tau.....

Sabtu lepas lepas aku menghadiri majlis perkahwinan kawan lama mamaku...anak Uncle Roha and Aunty Aziah...aku ada satu lagi appointment dengan kawan-kawan lama ku...huhu tempatnya di Sogo...so untuk sampai ke sana masya ALLAH it's like living in Jakarta..penuh sesak...so aku pusing balik dari terus menuju bandaraya yang sesak nie...dan aku decide nak naik LRT...dari stesen Titiwangsa...huh kat mana..kat Jalan Tun Razak tu...umah dulu aku kat pekeliling tu....



Aku sedikit janggal masa menaiki tren LRT sebab aku memang dah lama tak naik LRT..sejak dah ada kereta mana pernah naik..bukan sombong but kita dah bayar mahal-mahal ansuran kereta takkan nak letak kat umah then naik public transport..ye tak...

But sure aku rasa public transport yang ada kat Malaysia especially kat KL nie...memang bagus and superb..sebab dia membawa kita kedestinasi hanya dalam beberapa minit sahaja...dalam masa 10 minit aku dah sampai ke destinasi yang ingin aku tuju...iaitu SOGO...dah lah tak sesak...dan juga tak ramai orang...and FYI aku nie jenis kuat berpeluh...and sikit pun tak berpeluh...



Ok bila sampai kat sogo jer....masya ALLAH seakan ada pesta didalamnya yang aku rasa lebih dari 15 ribu orang ada dalam Sogo tu...dan sebenarnya ada SALES!!!!!! makcik-makcik dari kuang..rawang...batang benar dan juga dari gombak suka bershopping kat sini taw....teringat masa aku bershopping kat Mangga Dua di Jakarta...sampaikan aku terngiang-ngiang kat telinga aku sewaktu aku melimpasi bahagian handbag-handbag wanita..si anak dalam belasan tahun menanyakan pada si emak..."mak beg nie harganya RM 129.00.." lantas dengan kuatnya emaknya membalas "Ambik ja harga letak tepi..." wahhhh aku tengok makcik tu tak lah macam mak datin or apa sebab pakai blaus dan seluar dengan tudung ekin yang harganya RM 10 jer kat pasar malam Jln TAR...hiks...boleh tak bayangkan makcik tu mesti dia kumpul duit dan hari tu mesti dia bershopping sakan kan...dan sang suami mula membebel...kedengaran skrip nya seperti ini..."awak dah lah tu..tangan kita ada dua jer...tak kan nak menjinjng atas kepala"...bila mataku menjeling pada mereka berdua kelihatan...bantal...kain dari kamdar...periuk dan kotak-kotak..huh..seakan seperti suami isteri mahu mulakan hidup bersama..membeli segala kelengkapan...



dari senario itu jelaslah...krisis kegawatan ekonomi masih belum betul-betul melanda negara kita...dan rakyat malaysia haruslah berfikir dalam kebijaksanaan berbelanja...inflasi negara semakin lama semakin naik ya...teringat dengan pantun inflasi dalam iklan...Insflasi Sifar Wawasan Kita...Harga Berpatutan Menawan Keluarga..Tin Hijau...bla bla...hiks..kita minum dulu..

Bestkan bila dapat bershopping dan pada aku aku dapat membeli kemeja 2 helai dan 2 tshirt renoma sudah puas bagi aku..hiks tidak ketinggalan juga kan...

Oklah itu jer update untuk hari ini dan bulan ini..hiks tak lah ada masa aku akan menulis lagi k....

Friday, May 8, 2009

Selamat Hari Ibu.....




Orang kata aku lahir dari perut mak..

(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....
mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak


Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak


Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggupmenyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggupmencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggupmengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggupmembersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggupmembuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yangsembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu".Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.



Aku rasa email nie setiap tahun kita akan dapat kan...thanks la coz email kan aku....

Yang pasti semua akan merindui mama/ibu/umi/emak....

Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar mama...ibu..umi...emak...



Message Ikhlas dari anak mu :

Puan Sabariah Haji Sharuddin


Ma...
Selamat hari ibu....adik tahu dalam keadaan sekarang mama sentiasa bersedih atas apa yang terjadi...tapi adik cuba untuk buat mama happy...untuk lupakan segala masalah yang menimpa dengan keluarga kita....

Adik tahu setiap hari mama mengeluh...kenapa ada anak-anak macam kami kan??? dan inilah yang dinamakan ketentuan....

Adik sayangkan mama...and adik cuba berikan apa sahaja yang adik mampu....adik tak nak jadi anak yang derhaka...Kami semua sayangkan mama....

Tak terbalas dengan wang ringgit atas apa yang mama lakukan untuk kami semua....supaya kami boleh berdikari dan berjaya...dan adik sentiasa percaya bahawa kejayaan adik hari ini adalah doa Mama dan Papa yang sentiasa tidak henti-henti untuk adik....

Yes...mama adalah my girlfriend...and if orang tanya pun siapa girlfriend adik...pasti jawapan itu adalah mama...bukan sekadar insan yang melahirkan tapi sahabat...mama...kekasih dan juga idola.....

Segala peristiwa yang kita lalui bersama adalah kenangan yang paling terindah buat adik..dan Insya ALLAH adik tak kan lupakan semua itu...

Adik harap mama akan sentiasa sihat dan diberikan keredhaan oleh NYA Insya ALLAH...I Love u Ma...more than words....


Puan Raja Noor Faridah


Aunty...
Terima kasih kerana sentiasa bersama kami...dalam apa jua keadaan you'll be there to help us on giving your hand to help us...

Terima kasih juga kerana menjaga papa dengan begitu baik sekali....dan juga adik-adik yang lain...untuk menjadi aunty memang susah kan...mana nak uruskan keluarga..business dan macam-macam hal...my suggestion you should have a rest or vacation la....

Apa yang terjadi pada keluarga kita adalah suatu anugerah yang tidak ternilai pada adik...jika orang sering melihat reaksi negatif pada keluarga kita...tapi sebenarnya adik Happy kerana kita ada family yang besar....

Adik harap aunty sentiasa tenang dan bahagia bersama keluarga ya...jangan penat-penat kan diri....

note : kalau ada salah dan silap harap sentiasa dimaafi...kalau ada perlakuan dan perbuatan adik yang kadang terover...tegurlah..supaya jangan dikemuadian hari teguran pun tak boleh diterima....macam orang tu kan....

I Love U.....

Thursday, May 7, 2009

A Peaceful Mind

Hai semua...

Last weekend kan holiday..(Labour Day)..

Apa aku buat??

Huhu....kitorang pergi East Coast Vacation...Cherating...

Best siot gie sana...and we had fun...

Kami peri bertiga...aku...sham dan azy....

setelah berbulan-bulan masing-masing stress dengan tugasan masing-masing and kitorang decide pergi bercuti....

Untuk pengetahuan korang Cherating nie dah masuk tahun yang kedua kiotang pergi pada tarikh yang sama..tahun lepas kitorang pernah gie gak....masa tue lepas nenek aku baru meninggal dunia...aku nak tenangkan perasaan aku masa tu..

Kitorang berkumpul di tadika bijak kepunyaan Teacher Azy dalam pukul 10 pagi...huh..korang nak tau tak yang highway nak ke Kuantan punya lah sesak...hiks tension jugak masa tu beb..sebab aku drive kan...yang lain semuanya jadi bos-bos besar....tak per janji happy kan....

so sampai cherating dalam pukul 2.30 petang...lama tak...tapi kami tak rasa pun lama...sebab sepanjang perjalanan sibuk berborak....cerita itu la cerita ini la...semuanya nak dikupas..apa lagi dengan kehadiran seorang anak wayang bersama kami...so tak terasa sangat.....

Oklah malas la nak cerita-cerita nie..just nak inform cuti hujung minggu lepas aku bercuti di cherating...gambar??? ala sikit jer sebab dah selalu amik gambar kat cherating nie....

tengok la sikit yang ada...


Duduk motel murah-murah jer....


masing-masing terkedu bila mintak keropok goreng siap bagi 2 jenis lagi....


Nasib kitorang bangun awal...kalau tidak tak merasa la bersarapan di gerai cik dah....


Anak wayang sedang tido...nampak tak.....


Oklah...nanti sambun pasal entry Mother's Day Pulak k.....

Wednesday, April 22, 2009

Bintulu

Huhu....Bintulu here i come!!

Hai Semua...

Sekarang aku kat Bintulu, Sarawak...apa aku buat kat sini...biasalah audit...hehehe...best kan jadi auditor...berjalan kesana-kesini..insya ALLAH aku akan ke Jakarta pulak next month...kalau di approve oleh Big Boss..

Uncle and Aunty kedai Eng Tat...masa aku kecik-kecik dulu selalu tunggu mama jemput balik dari sekolah...diorang masih ingat aku lagi...

Kalau korang nak tau sebenarnya Bintulu adalah bandar dimana aku membesar....aku dah pernah menetap kat sini sejak tahun 1985 lagi...masa tu umur aku 5 tahun....hehehe....bapak aku kejer kat sini....so bila dah dewasa...then dapat lak kejer ngan company oil and gas....so segala kenangan semasa aku di bintulu timbul kembali...

Pasar Tamu Bintulu...dulu masa aku kecik-kecik pasar nie atas sungai....kalau nak tengok mama aku berlari 100 meter suruh dia tengok ulat sagu dalam baldi...sure...korang terkejut...sebab mama ku lari macam mengejar pencuri...hiks......

Bintulu nie bukan nya besar mana...kecik jer...sehari berjalan pun dah puas...hehehehe...so ok guys nak sambung audit balik....see you then.....

Dulu kalau naik flight...it's about 7-8 hours perjalanan..coz from Subang to Kuching dan Kuching ke Bintulu naik Foker....hehehehe...tapi sekarang naik Boeing jer..cepat...dalam 2 jam dah sampai KL...


Owh..aku terbang ke KL esok....but nak cat umah pulak...sabtu pulak ke seremban hantar mama ke umah Uncle Hai untuk persediaan kenduri Tahlil....di Port Dickson...dan Isnin dan Selasa pulak ada pulak ada training on domestic inquiry...

Pack nya jadual hidup aku kan...untuk bulan April jer.....untuk bulan Mei pulak....apa lagi la assignment yang akan diberikan oleh Management...

Aku suka naik kapal terbang...tapi kekadang ia amat membosankan.....huhuhuhu

Sunday, April 19, 2009

Best nya Terengganu....

Hi semua....


Sekarang aku kat Kerteh, Terengganu...2 minggu aku disini....aku dapat rasai ketenangan kat sini..walaupun sedikit letih...

Apa yang aku suka orang-orang kat sini sungguh baik hati tak kira la lelaki...perempuan...tua atau muda...sepanjang aku kat sini aku jenis tak suka mengharap belas kasihan orang bila aku kat sini...aku sukakan kebebasan....

Rasa cam tak nak balik jer nak duduk jer Kerteh nie..tapi apa-apa pun aku kena balik KL sebab kehidupan aku memang di sana...

Oklah tengok la beberapa gambar yang aku ambik....






Find Yourself in Terengganu.....

Tuesday, April 14, 2009

Setahun Hampir Berlalu....Al Fatihah


Hi...salam semua...

Huh hari busy sikit jap lagi kul 3 ader meeting...ada beberapa perkara yang kena highlight nie...huhu tengah prepare...

Masuk-masuk opis jer dapat memo from GMD pasal illegal software...suruh kitorang remove all the illegal and pirated software and monitored by our Division..so tak senang duduk la gamaknya hari ni...i skip my lunch and bila sibuk tak terasa lapar lah pulak...lain kali nak la sibuk-sibuk cam nie...huhu apa ingat aku tak sibuk ke pada hari-hari bekerja...

Esok aku dah bergerak ke Kerteh...so for 2 minggu aku outstation and mungkin early may 09 nanti aku nak bercuti...belum cakap ngan mama lagi..aku harap proposal aku nie di luluskan la yer...

Alah nanti june kita 1 family pulak pergi bercuti...jangan risau..tak sabar rasanya....

Upps... korang semua nak tahu...29 April 2009 jam 3.05 petang tepat setahun Arwah Nenek ku...Norniah Binti Tahir pulang ke rahmatullah....akibat sakit tua...sehingga sekarang aku mesti sayu bila tengok gambar-gambar dia dalam laptop aku nie...

Segala percakapan dia nada suara dia..masih segar dalam ingatan aku...AKU RINDU NENEK AKU..sebab aku suka layan dia borak.....hiks tahan-tahan jangan leleh...hehehehe...

So family decide nak buat kenduri tahlil pada 26 April 2009 nie di Port Dickson...so guys (sedara mara aku) see you there tau....jangan lepaskan peluang gathering ini k...walaupun kepala sudah tiada...tapi dahan-dahan dan ranting-ranting masih ada untuk kita berpaut...bila dah tak der nanti..lain pulak jadinya...

Oklah ada setengah jam untuk aku prepare for meeting...so take care...uppss sebelum tue..sedekahkan lah AL-Fatihah kat Arwah Datuk dan Nenek ku....K...

Monday, April 13, 2009

Bosan la..

Salam...

Huh...sejak dua menjak nie aku sibuk sikit la.. biasalah kerana kerja aktiviti pun terbatas...

Hari nie cam biasa...masuk kejer...setelah meninggalkan my office selama seminggu...rasa rindu pulak...aku rasa cam best jer duduk dalam office aku nie sebab aku bebas untuk melakukan aktiviti aku...kalau kat tempat orang tue dah lah rasa cam menumpang lepas tu ada jer orang akan tegur la itu la ini la...

Semalam umah mama penuh orang...mama jemput andak...maklong..and aunty uji to have lunch at our house....uncle boy pun ada...dah besar si aishah...petah lak tu berkata-kata..lama dah kitorang tak gathering...

Mak long ada gak cakap ngan mama ku...yang dia rindu ngan semua adik beradik nya..nampak maklong cam tak sihat jer....i hope she ok la kan...

Dari pagi dah tolong mama...sampai ke malam..ingatkan nak balik shah alam tapi letih sangat aku balik la awal pagi...kuar umah sama-sama ngan mama...

Oh yer lupa...last week aku ke bintulu...tau tak kat mana...kat sarawak la....apa aku buat kat sana...biasalah meng"audit" jerlah kerja nya....huhuhu..bosan jugak bila buat benda yang sama kan...

esok lusa pulak aku terbang ke Kuala Terengganu dan turun ke Kerteh...huh...balik dari kerteh terus ke Bintulu semula untuk final process audit...letih siot...

Oklah aku sebenarnya tak der mood nak menaip nie..sebab jap lagi ada meeting ngan account division...siap la diorang kena basuh ngan aku...banyak benda yang tertunggak nie..claim aku dah berapa lama tak release...bila kira-kira boleh la kuarkan deposit untuk kereta baru..tapi kereta apa yang aku minat...tunggu la belum masanya lagi untuk aku tukar kereta baru..I aim for new house....

Ok geng tatatata...jumpa lagi....sambil tu cuba tgk clip nie...best siot....