Thursday, September 15, 2011

Wordless Thought...

Salam Korang...

Apa Habaq? Baik Ka? Amacam raya? Best Beraya? Dapat Banyak Ang Pau?

Well baik aku jawab semua soalan yang aku lemparkan kat atas tu...

Aku Sihat alhamdulillah cuma beberapa kondisi kureng memuaskan...aku disahkan mengidap sakit "Carpel Tunnel Syndrom" dimana pergelangan tangan aku sangat sakit...disebabkan simpulan-simpulan urat yang berkumpul di satu tempat. dan juga "unstable hormone" didalam badan....doktor dah lakukan macam2 dan dia cuba yang terbaik untuk aku...apa-apa pun aku redha semua ini dengan ketentuan Ilahi..andai dia ingin menjemput ku aku redha...sebab memang itu janji Dia pada kita kan...

What is carpal tunnel syndrome?
Carpal tunnel syndrome occurs when the median nerve, which runs from the forearm into the hand, becomes pressed or squeezed at the wrist. The median nerve controls sensations to the palm side of the thumb and fingers (although not the little finger), as well as impulses to some small muscles in the hand that allow the fingers and thumb to move. The carpal tunnel - a narrow, rigid passageway of ligament and bones at the base of the hand - houses the median nerve and tendons. Sometimes, thickening from irritated tendons or other swelling narrows the tunnel and causes the median nerve to be compressed. The result may be pain, weakness, or numbness in the hand and wrist, radiating up the arm. Although painful sensations may indicate other conditions, carpal tunnel syndrome is the most common and widely known of the entrapment neuropathies in which the body's peripheral nerves are compressed or traumatized.

 

Semua nie terjadi ada sebab nya..mungkin sakit yang datang hari ini dapat menyucikan atau menghapuskan dosa-dosa aku yang lampau serta ketaatan aku pada Yang Esa dan juga kedua orang tua ku..Mama dan Papa...

Apa-apa pun aku masih boleh lagi tersenyum dan membuat orang lain tersenyum terutama Mama ku...cukup buat dia tersenyum adalah nikmat buat diriku...walau sakit ke hilang mood ke...ataupun tak der masa nak tersenyum ke...aku janji aku tak nak tunjuk depan korang sakit yang aku tanggung...

Semua aku lakukan supaya kita semua dapat tersenyum...mungkin beberapa orang memahami dan rasa sakit yang aku tanggung...tapi perasaan hati ini maaf hanya aku yang tanggung...

Maaf yer kawan-kawan kalau aku ada buat salah dan silap...kita masih mood beraya Aidilfitri kan...so aku mintak maaf tak salah kan...

Kalau korang ada Facebook aku mesti ada yang meluat tengok status aku sebelum...semasa dan selepas raya kan...dan dalam fikiran korang mesti berkata macam dia sorang je yang beraya kesana kesini...buat itu buat ini...beriya pulak menyambut hari raya...dah itu yang di tuntut menyambut hari kemenangan...kemenangan kita berpuasa betul tak...dan bersyukur dapat kita beraya lagi tahun ini...mana tahu ini Aidilfitri yang terakhir buat kita...hanya Dia sahaja yang tahu kan...

Aku buat semua itu supaya aku dapat hilangkan rasa sakit aku kot..walaupun penat terasa satu je niat aku buat semua kerana nak beraya dan menyambut raya dengan gembira tanpa ada perasaan marah or sedih-sedih nie...walau pun cucuran airmata terkeluar dengan sendirinya tapi ia tidak terjadi dikhalayak ramai dan aku bukan suka sedih2 nie kerana ia akan mendatangkan sakit kot...

Well...aku buat semua ini puas untuk aku kot...dan juga aku harap puas untuk orang yang berada disekeliling aku...maaf la kalau ada perasaan tak puas hati tu...tunggu la lepas-lepas nie..kan...yang penting kita bahagia dan gembira...

Tahun ni rumah mama alhamdulillah tiap2 minggu ada je tetamu yang datang...ini semua rezeki dan doa kami semua supaya Aidilfitri dapat dirasai bersama sanak saudara dan sahabat handai....Maaf andai kehadiran korang kurang selesa kerana keadaan rumah kami agak kecil "sekangkang kera" tapi niat untuk menziarahi itu sudah cukup untuk mendapat pahala kan...

Untuk yang disana maaf andai diri ini tidak hadir dihadapan mata..tapi cukup lah ia hadir didalam fikiran kita berdua...I love You!!! and sorry for everything...saya bukan la orang yang baik dan taat tapi cukuplah dengan membuat korang semua tersenyum...dan kini itu semua tiada lagi...walau jauh dari sudut hati ingin bertemu tapi biarlah ku pendam sebuah duka...bukan derhaka bukan membenci..tapi cukup berdiam diri supaya kita boleh berfikir dan berjumpa suatu hari nanti...

Apa-apa pun I still have a part of you in my body....

Sorry tak boleh teruskan atas sebab-sebab tertentu....stop here...

Jumpa lagi...

Al-Wael


Friday, July 22, 2011

syukran oh syukran

salam jumaat semua…hurrmmm macam mana nak mula ekk….

hari nie hantar syukran ke klinik kat glenmarie…mata pulak sakit..hari tu 2 kali cermin dah pecah…kena calar…org langgar…macam2 lagi..

tak pe syukran walau apa pun terjadi u still in my heart…my love still same from the first one till you…apa la abang syukran buat ekk skrg…kat negeri cik siti wan kembang tu…

terima kasih atas segala nya kerana dengan syukran dapat berjalan kehulu ke hilir…dan kamu memang superb…bangga memiliki mu….

Wednesday, July 20, 2011

Kerana Tuhan Untuk Manusia..


Salam...

tak de benda yang aku nak update pun sebab sekarang nie pun..hari2 aku update melalui account facebook atau pun twitter aku..

banyak benda yang aku sedang rancang..hanya menunggu hari saja...

tetiba hari nie rasa nak update blog nie..tu yang siap tukar layout segala...sebab rasa nya dah lama tak update...asyik pakai baju sama..orang pun naik bosan kan..tul tak...

lately mood aku asyik terarah pada waktu belajar dulu2...masa zaman di UTM...sampaikan aku rasa sangat syukur dengan apa yang aku ada hari ni semuanya bermula dari zaman UTM...

Mana kawan2 UTM aku yang dulu...aku paham ada yang dah bawak haluan masing2 sehinggakan remove aku dalam account FB and twitter...tapi bagi aku tak kisah..korang nak remove nak blacklist sekali pun aku tak pernah kisah...sebab aku tak rugi apa2...dan yang penting bukan aku yang remove or blacklist korang..tul tak??

Isshhh..tak yah la nak emo-emo la...sesungguhnya aku sangat bahagia sekarang dengan kehidupan yang aku lalui..walaupun tak sehebat orang2 lain tapi aku suka cara aku...

So puasa dah nak dekat...so dikesempatan ini..aku susun sepuloh jari aku..memohon ampun dan maaf jika setahun yang lepas banyak salah dan silap aku pada semua orang...yang bagi aku..aku hanyalah orang biasa yang sering terleka dan alpa dalam melakukan dosa2 dan kesilapan pada korang semua...

Dan selamat berpuasa k...kuatkan iman...bukan hanya menahan lapar dan dahaga...

p/s - Baju raya dah buat ke uols?? tahun nie rezeki lebih sikit...3 pasang baju melayu sudah ditempah...

oklah sebelum tu mari kita layan perasaan kita dengan lagu terbaru dari Misha Omar dan tajuk lagunya KERANA....



Album: Dia..Misha
Song Title: Kerana
Artist: Misha Omar
Composer: M.Nasir
Lyric: M.Nasir
Genre: Pop
Producer: Ramli MS
Year: 2011

Lyric:

Kerana kau ku masih di sini
Kerana kau ku bisa menangis
Dan kerana kau yang menghancurkan
Ku tiada berteman
Terkenang wajah mu aku pilu

Selangkah ku tersebut nama mu
Tak terasa jiwa ku dipalu
Oleh rindu dan dendam pada mu
Dan ketika ini dan di saat ini
Dimanakah dikau

Kau puja bulan yang mengambang
Kau pinta bunga yang di taman larangan
Kau sendakan ku punya perasaan
Dan kau menyatakan bahawa cinta ini
Hanyalah permainan

Mengapakah tak kau rasa
Bukan paras supa yang sangat ku pinta
Ohh... ohh

Tapi hati yang dapat merasa
Yang kesedihan ini tak lain
Hanyalah kerana mu

Mengapakah ku diluka
Mengapakah harus ku tanggung semua ini
Tidakkah kau merasakan
Kesedihan ini tak lain hanyalah kerana mu

Ok lah uols...banyak tersurat disebalik lirik lagu ini....

Monday, April 25, 2011

Biso Bonar….

 

Hai uols semua….busy kah minggu nie…lelagi hari isnin kan…memang la busy…bagi aku hujung minggu lepas sedikit busy coz dapat job Emcee untuk Nestle’ Product….

Dapat la duit lebih sikit kan….rezeki Allah bagi kita sentiasa kena bersyukur ok….payment belum dapat lagi…tunggu 2 minggu ok…azabb….apa-apa pun aku sangat enjoy buat extra job cenggini at least aku dapat kenal ramai kawan-kawan dan bila bercakap depan beratus orang level of confident kita pun tinggi….tapi seronok sebab participant sangat sporting…ada sorang tu boleh ternganga tengok aku bercakap…

Aku kalau dah start bercakap tak boleh henti…ada je nak dicakapkan…sampaikan selalunya FM(Floor Manager) akan buat isyarat suruh berhenti bercakap….kalau kat jalanraya dah kena saman kot…hihihihi…

So apa yang aku buat…aku buat Emcee plus as mediator to all nurses seluruh malaysia…ha ambik ko makcik2 nurse ok…so bila kita berborak ibarat tengah menganyam ketupat….nampak la diorang happy gilo kot….

aku enjoy bila boleh buat orang lain happy tau selagi orang tu tak tersenyum tengok gelagat aku selagi tu aku berasa tidak puas dan berasa macam ada slack jer dalam kerja aku nieh…lepas pada tu diorang pun ada kasi comment… and my FM cakap superb and semua orang suka…

so aku apa lagi…capai beg sambil toleh kat FM aku..so tak reti2 nak increase kan payment aku…hahahahahahah

macam2 aktiviti yang Nestle buat untuk nurse2 nie….kira nak appreciate diorang la coz diorang adalah bintang disebalik kejayaan sesebuah medical centre kan….

yang kelakar semalam tu ada nurse india datang kat aku nama dia Ms. Puspa…bercerita pengalaman di kacau hantu….ambik kau…kelakar sangat boleh main tarik2 tarik selimut…hiks…..

oklah uols….cuaca agak suram diluar skrg nie…membuat kan aku malas nak menulis…..hihihihihih

Tuesday, April 19, 2011

Selamat Hari Lahir

Salam Korang!!!!


Hari nie besday 2 orang kawan aku.....


Selamat Hari Lahir Encik Saufi....Terima Kasih atas Segalanya…Saufi & Son

 


Selamat Hari Lahir Wanda....Kamu Hebat buat Saya....

295

 

Aku sayang Korang…Sayang macam adik beradik aku sendiri…..

berkawan

“Haritu kita jalan sekali, sambil bergurau .Tapi lagi best bila awak bagi hadiah tu , tu lah hadiah paling saya tak boleh lupa . Senyuman manis awak . Esk2 bila saya tak boleh jalan , saya nak awak mengiringi saya , masa ni saya dah tak boleh nak panggil awak macam selalu , awak yang kena datang .Masa ni jugak saya ...............nak hadiah lagi tapi saya dah taknak senyuman awak tu . Saya nak Al-Fatihah . Awak bacakan untuk saya k sebab saya dah tak boleh baca sendiri . Lepastu , bila ada orang letak saya bawah papan , awak jangan menangis atau cari saye sebab saya dah tak boleh tegur awak. Friendship forever . (^^) . Bagi balik pada saya jika saya salah sorang daripada orangorang yang penting dalam hidup atau mati awak .Tengok berapa banyak kamu dapat balik..”

Korang pernah tak dapat ayat nie melalui BB..SMS…Whatsapp…or macam2 la….bila aku baca aku terfikir sejenak…nak ke kawan2 kita sedekahkan sepotong ayat al-quran kepada kita bila kita dah tak der kan…

cuma aku berfikir positif la…kalau kat dunia kita buat baik ngan kawan2 kita…mungkin ada la yang akan berbuat sedemikian…bak kata orang carilah kawan seramai mana…kerana mereka mampu buat kita tersenyum bila kita kesusahan…dan janganla kamu mencari musuh dari persahabatan itu kerana ia mampu merosakkan hati dan perasaan kita…

sedih siot…kalau fikir2 kan…..hari tua pasti tiba dan mati itu janji Allah pada semua umat NYA…ada ke yang bukan umat Allah???heran kan…

sebab tu kekadang aku terdiam bila ada sora2 cakap..”alah kubur masing2 uols…bukannya sama….ko takkan kenal aku dan aku takkan kenal ko” sanggup cakap camtu ek…bagi aku ingat mengingati itu ada baik nya supaya kita tidak jauh tersasar dari landasan yang sepatutnya….

salam undur diri….

Monday, April 18, 2011

aku coba ekk…

salam…

hurrmm lama dah kan tak menulis…tapi sebab dok baca kengkawan nyer blog aku rasa aku perlu kan ruang penulisan la…kali nie aku coba..coba…and coba untuk menghapdatekan blog aku nie…

kenapa aku malas nak tulis blog:

1. tak der cerita…kebiasaanya aku akan hapdate melalui pesbook or twitter so tak perlu la ko nak buat keje dua kali…setiap langkah aku mesti aku akan check in…guna foursquare…kalau tak puas hati or nak comment…kat twitter…

2. suka membaca dari menulis…lately nie aku suka membaca blog orang…sejak dah pakai galaxy tab…aku memang suka membaca bukan sahaja blog tapi newspaper2 dalam dan luar negeri…seronok bila dah ada gadjet canggih nie…semua benda dihujung jari…lentik kah jari ko…

3. Masa terluang terhad…entah lah lately nie byk masa terluang aku dihabiskan dengan lepak sampai kul 11 malam..so memang tak de masa…dalam erti kata lain aku malas nak menuliskan…

4. banyak pembaca2 misteri…korang suka kan baca blog orang then menyampai..so bagi aku biar aku stop dulu kot..sebab banyak yang membaca dan suka menyampai benda2 yang tak elok..tapi jangan risau aku maafkan kekhilafan korang semua…

5. Apa lagi ekkk..owh sekarang aku boleh menulis blog melalui “tab” aku tu..tapi kalau dah malas tu menulis pun tak sanggup ok…

 

so korang doakan la supaya aku sentiasa akan update blog aku k…cukup setakat dengan hapdate status macam kat pesbook tu kan…tak perlu berjela2 sangat…terkehel pulak korang membaca nya nanti…

 

so aku berhenti sampai sini esok aku cuba update k…

 

p.s – tengah sibuk membizikan diri untuk bercuti dengan geng zizah cacat dan gajah air…june nanti….di mana (biarlah rahsia kak limah dan usop wilcha sajork) tapi kali nie pergi aku pastikan semua nya berjalan lancar…supaya mulut2 tidak berkata2 selepas itu. kan….geng2 aku lahar jugak mulot dia tp diorang hati telus tak suka cakap terus terang…kan..kan..kan…

207544_1824386182058_1612376851_1754201_5955479_n

sedap tak kek itu..dan air itu…memang la sedap kan…at coffe bean you can taste the finest coffee and the home made cake…bukan dari ladang orang lain macam yang kedai tu buat….hihihihi

Thursday, January 6, 2011

Renungan Kita…

Perkara yang Membuat Kita Susah

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.


1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

 

Manusia yang tidak ada masalah dalam hidupnya bukanlah dinamakan manusia, tetapi 'robot bernyawa' yang telah diprogramkan.

Monday, January 3, 2011

Salam 2011 dan selamat tinggal 2010….

Hai korang…mesti terkejut kan bila tengok aku menulis kembali kat blog yang kiranya macam tak best untuk dibaca…maaf la coz aku bukannya busy tapi tak tau nak menulis apa…coz aku lebih suka berfacebooking dan bertwiter  kot….nowdays semua nya menjadi senang kan…just update melalui handpon jer…

Hurrmm..2010 akan meninggalkan kita dalam beberapa hari lagi…sedih??? gembira?? suka?? duka?? banyak memori yang tersimpan dalam tahun ini…bagi aku Alhamdulillah 2010 banyak meninggalkan memori yang gembira…dan aku sangat suka 2010…tak der mood-mood sedih walaupun kekadang ada juga slot nangis2 kan…tapi itu normal bila kita terfikir tentang diri kita..keluarga kita…kawan kita…buah hati?? sorry bukan aku kot…sebab 2010 bagi aku adalah tahun untuk diri aku….

apa yang terjadi untuk 2010??

  1. Kerja – dengan doa keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa menyokong dan membantu aku dengan kerja yang aku lakukan..Alhamdulillah aku dinaikkan pangkat…suka sangat…coz pada mulanya macam tak jadi jer…yelah nak naik pangkat ingat senang ker??? susah tau…aku bekerja bukannya di syarikat milik keluarga…tidak yer…so aku terpaksa buktikan yang aku mampu untuk menduduki jawatan yang ditawarkan pada aku iaitu Pengurus Kanan Kumpulan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Awam (Senior Manager, Group Human Resource and General Affairs Division) sedap jer dengar kan..tapi penambahan kerja 100% ok…mulai dari itu tanggungjawab aku pada syarikat lebih tinggi kerana kepercayaan yang diberikan…terima kasih pada Boss Besar…kerana sentiasa memberi peluang pada aku untuk segala bentuk kerja….sumpah aku tak pernah terfikir untuk sampai ke tahap ini..tapi atas sokongan dan dokongan semua alhamdulillah…so sekarang aku menyelaras 9 buah syarikat dan juga 3 buah syarikat di luar negara untuk aktiviti Sumber Manusia dan Hal Ehwal Awam….senangkan ???
  2. Asset – Alhamdulillah tahun nie juga aku dah sign up untuk membeli rumah dimana akan siap pada 2012….lokasi mana lagi kalau bukan di Sahalam…kenapa aku beli disini?? sebab aku rasa sangat selesa di sini semuanya ada…cakap jer apa yang takder…semua ada…dan rumah aku bukan kat dalam hutan simpan yer..tepi highway jer…nak access Federal senang…NKVE senang…KESAS senang…LDP senang..so itu membuatkan aku terfikir nak beli rumah…selain itu juga memang niat aku beli rumah untuk family aku..dan aku harap bila rumah nie dah siap…ia akan jadi tempat berkumpul kami sekeluarga…walau tak sebesar mana cukup la untuk kami semua tidur bergelimpangan macam askar jepun tersadai…hahahaha..sampai sekarang mama & papa tak tahu kat mana aku beli rumah sebab niat aku bila rumah nie dah siap….termasuk dekorasi dan barang-barang…baru aku tunjukkan ke diorang…ini sebagai hadiah aku pada diorang…sebab apa yang aku dapat sekarang adalah DOA dari dia…yer aku percaya..sebab diorang selalu berdoa atas kejayaan kami adik beradik…dan alhamdulillah kami sangat bahagia..tak macam tahun sebelumnya..banyak sangat dugaan..dah tak payah nak ungkit cerita lama…hmmm….selain itu aku dah tukar kereta…dari aku bersama syukran sekarang aku bersama Al-syukran…alhamdulillah ini semua rezeki yang ALLAH bagi..kereta yang aku beli kali ini sedikit selesa lah…hhmmm…aku rindukan syukran…yang sekarang nie berada di negeri cik siti wan kembang..teringat masa aku serah kan syukran pada new owner…aku siap berkata…jaga diri baik-baik dan terima kasih atas segalanya…bila pintu kereta aku tutup..tetiba tangan aku terkepit…haaa..mungkin dia pun sedih sebab nak berpisah dengan aku…nak dapatkan Al-Syukran punya la siksa…aku tertipu dik pujukan salesman…katanya 3 minggu rupanya 3 bulan yer…azab sangat menunggu…mungkin penantian aku itu ada hikmahnya…selama 3 bulan tiada kenderaan…macam2 yang aku lalui…naik kenderaan awam…naik kereta nissan “skyline”..hahaha kelakar sangat bila fikirkan masa tue..yerlah nak balik rumah mama dari shah alam aku rasa lebih 10 kali enjin terpadam kot….yerlah mana reti nak bawak kereta manual…hahahahaha lawak la….tapi kereta tu sangat best bawak dan laju..dari situ aku belajar serba sikit  bawak kereta manual…dan sekarang aku mahir la nak bawak kereta manual…so  secara konklusinya bila gaji tambah….ada jer benda nak tambah..alhamdulillah aku percaya pada rezeki yang ALLAH bagi…jangan lupa bayar ZAKAT sebab ZAKAT yang menggemburkan rezeki kita….PERCAYA itu…..
  3. Keluarga – aku sangat sayangkan keluarga aku…dan bangga dengan keluarga aku…kami semua bahagia….hubungan antara kami semakin ok…dan tak der dah nak sentap2 nie…I love U all…. kerana keluarga adalah segalanya..bila kau susah siapa yang nak tolong…keluarga jugak…bila kau lapar nak makan..siapa kau ingat mama kau jugak..bangun pagi bila hari sabtu dan ahad siapa yang masak untuk kau…keluarga jugak jawapan kau..so aku berasa sangat selesa bila bersama diorang…Mak sayang uols semua!!! gituh….
  4. Percutian – Hummmm tahun nie paling banyak berjalan….bermula dengan ke Kuching…kemudian ke Pulau Redang…Hatyai…Penang (2 kali dalam sebulan yer) PD..boleh ker klasifikasi kan sebagai percutian…oklah sebab memang bercuti….aku enjoy lah every moment bila aku bercuti….sangat seronok kan… terima kasih pada semua yang menaja percutian ini…
  5. Kengkawan – terima kasih atas hubungan yang terjalin…aku macam biasa tetap sayang korang especially the fantastic four(Azizah Cacat)…korang tahu la siapa korang kan…jatuh bangun aku semua kita kongsi bersama tanpa rasa segan silu untuk berkongsi masalah…aku doakan semoga kita semua ditemukan jodoh dan dimurahkan rezeki ekk…coz dah masanya untuk kita serius dalam hidup….kan kan kan….moga ALLAH berikan kita jalan untuk ke arah itu….untuk semua terima la aku nie seadanya…maaf jika aku nie ada buat korang terasa or kecil hati…tapi niat aku semua tu atas dasar kawan yer..tak lebih dari itu…

aku rasa 2010 banyak kenangan yang manis untuk di ingati..kenangan pahit tak perlu kot…dan aku rasakan 2010 adalah tahun yang paling bahagia buat aku…sebab ia mengajar aku erti meghargai diri sendiri….terima kasih…terima kasih ALLAH atas kurniaan Mu….moga tahun 1432h/2011m memberi lebih banyak cahaya untuk aku menumpang diatas muka bumi ini….

 

Azam 2011??? biar ia menjadi pengetahuan buat diriku sajoh!!!!

Doaku….Harapanku…2011…..

Wednesday, December 15, 2010

Hari ‘Asyura

Puasa 9 dan 10 Muharram
Di antara ibadat puasa yang disunatkan kepada umat Islam ialah berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri di dalam sejarah manusia khususnya umat Islam. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.


Di antara perkara penting yang berlaku pada 10 Muharram ialah Allah menyelamatkan Bani Israel dari kekejaman Firaun dan tentera-tenteranya serta menenggelamkan Firaun ke dalam laut akibat keingkaran dan keangkuhannya. Oelh yang demikian tarikh 10 Muharram ialah merupakan tarikh di mana bermulanya episod baru dalam kehidupan Bani Israel setelah berabad lamanya ditindas oleh rejim Firaun di bumi Mesir. Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)". – Surah Yunus, ayat 90.

du'a asyura
Manakala hujah yang menyatakan bahawa peristiwa ini berlaku pada tarikh 10 Muharram ialah hadis yang bermaksud : Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Ketika ditanya tentang puasa mereka itu, mereka menjawab: Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israel dari Firaun. Kami merasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami padaNya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kami lebih berhak daripada kamu dan Nabi Musa dalam hal ini. Kemudian baginda memerintahkan para Sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut. – Hadis diriwayatkan Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi. Kesemuanya di dalam Kitab Puasa.


Di dalam hadis yang tersebut di atas, Nabi SAW tidak menolak dakwaan Bani Israel bahawa pada tarikh 10 Muharram itu ialah tarikh di mana nabi Musa dan kaumnya diselamatkan oleh Allah SWT. Secara tidak langsung, perintah baginda supaya para sahabat berpuasa pada hari tersebut ialah satu pengiktirafan kepada dakwaan Bani Israel.
Manakala peristiwa lain yang berlaku pada 10 Muharram juga ialah pembunuhan Hussein RA di Karbala semasa perselisihan faham dengan tentera Yazid bin Muawiyah.

Persitiwa ini membawa kesan besar di dalam sejarah yang seterusnya menjadi amalan penganut-penganut mazhab Syiah untuk merayakannya setiap tahun. Perayaan ini dapat dilihat dengan jelas di Iran dan sebahagian besar kawasan di Iraq.


Peristiwa lain yang dikatakan berlaku pada 10 Muharram ialah mendaratnya kapal Nabi Nuh as di atas bukit Judi sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Nabi Nuh kemudiannya berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT. – Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, www.islamonline.net


Mengenai ibadat puasa pada hari ‘asyura ini, Syeikh Sayyid Sabiq di dalam kitabnya Fiqhus-Sunnah menyenaraikan beberapa hadis yang menyatakan kelebihan berpuasa pada hari tersebut. Antaranya :
   1. Daripada Abu Hurairah RA : Rasulullah SAW ditanya, apakah solat yang paling afdhal selepas solat fardhu? Baginda menjawab, “Solat pada pertengahan malam.” Kemudian ditanya lagi, apakah puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan? Baginda menjawab, “(Puasa pada) bulan Allah yang kamu gelarkan sebagai Muharram” – Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan Abu Daud.
   2. Daripada Muawiyah bin Abu Sufian bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Hari ini ialah hari ‘asyura dan tidak diwajibkan ke tas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka barangsiapa yang ingin berpuasa, berpuasalah manakala barangsiapa yang ingin berbuka, berbukalah.”
   3. Daripada Aisyah RA berkata, “Sesungguhnya hari ‘asyura merupakan hari yang berpuasa padanya kaum Quraisy di zaman Jahiliyyah. Adapaun Rasulullah SAW juga berpuasa padanya. Apabila baginda memasuki Madinah, baginda terus berpuasa dan memerintahkan manusia berpuasa. Apabila diwajibkan puasa Ramadhan, baginda bersabda, “Barangsiapa yang ingin berpuasa, teruskan. Barangsiapa yang ingin meninggalkan (juga dibolehkan). – Muttafaq ‘Alaih
   4. Daripada Ibnu Abbas RA berkata :  Nabi SAW memasuki Madinah dan melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘asyura. Baginda bertanya, “Apakah ini?” Mereka menjawab, “Ini ialah hari yang baik, Allah menyelamatkan di dalamnya Musa dan Babi Israel daripada musuh mereka, lalu Musa berpuasa.” Maka Rasulullah bersabda, “Kami lebih layak terhadap Musa daripada kamu.” Baginda kemudiannya berpuasa dan memerintahkan para sahabat berpuasa. – Muttafaq ‘alaih
   5. Daripada Abi Musa Al-Asy’ari RA berkata, : “Ini ialah hari ‘asyura yang dimuliakan oleh kaum Yahudi dan dijadikan hari raya. Maka Rasulullah SAW berkata, “Berpuasalah kamu semua.” – Muttafaq ‘alaih
   6. Daripada Ibnu Abbas RA berkata : Apabila Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan para sahabat berpuasa padanya, mereka berkata : Wahai Rasulullah, ini ialah ahri yang dimuliakan oleh Yahudi dan Nasrani. Maka Rasulullah SAW berkata, “Pada tahun hadapan – Insya Allah- kita berpuasa pada hari kesembilan.” Maka tidak tibanya tahun hadapan itu sehingga wafatlah Rasulullah SAW. – Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud. Di dalam lafaz yang lain disebut sabda Rasulullah SAW : “Seandainya aku masih hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan (iaitu bersama hari ‘asyura) – riwayat Ahmad dan Muslim.


Berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, para ulama mengambil kesimpulan bahawa disunatkan berpuasa pada hari ‘asyura di dalam tiga kaedah:
  1. Puasa pada tiga hari iaitu 9, 10 dan 11 Muharram.
   2. Puasa pada hari ke 9 dan 10 Muharram
   3. Puasa pada hari ke 10 sahaja.


Seandainya timbul persoalan, bagaimanakah Nabi SAW menyontohi kaum Yahudi berpuasa pada 10 Muharram padahal baginda sendiri melarangnya di dalam sabdanya, “Berbezalah kamu dengan Yahudi serta Nasrani… berbezalah dengan Musyrikin..”. Maka kita menjawab bahawa puasa Nabi SAW pada 10 Muharram bukanlah semata-mata menyontohi kaum Yahudi bahkan kaum Quraisy telah terlebih dahulu berpuasa pada hari tersebut sebagaimana yang disebut di dalam hadis di atas yang diriwayatkan oleh Aisyah RA. Oleh yang demikian, dapat diambil kesimpulan bahawa sunnah berpuasa 10 Muharram dimulakan oleh syariat Nabi Ibrahim sebelum diamalkan oleh kaum Yahudi. – Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, www.islamonline.net


Manakala kelebihan beramal pada 10 Muharram disebut di dalam satu hadis yang bermaksud : “Sesiapa yang meluaskan (memudahkan urusan) ke atas dirinya serta ahlinya pada hari ‘asyura, Allah SWT akan meluaskan padanya sepanjang tahun..” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Ibnu Abdil Barr. Hadis ini mempunyai sanad-sanad yang lain namun dikatakan kesemuanya ialah sanad yang dhoif. Bagaimanapun jika digabungkan sebahagiannya dengan yang lain, ia boleh diterima sebagai hadis yang kuat. – Syeikh Sayyd Sabiq, Fiqhus-Sunnah.

Bubur Asyura 2
Adapun amalan masyarakat Melayu kita yang merayakan hari ‘asyura dengan mengadakan program membuat bubur ‘asyura adalah satu perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda SAW . Apatah lagi jika dinisbahkan perbuatan tersebut kepada Nabi Nuh AS dengan mendakwa bahawa Nabi Nuh AS membuat bubur tersebut apabila turun dari kapal. Ia adalah satu dakwaan yang sama sekali tidak mempunyai sandaran di dalam agama. Oleh yang demikian, jika tetap mahu diadakan program membuat bubur tersbeut, perlulah diyakini bahawa ia tidak lebih dari program gotong-royong dan jamuan makan yang sememangnya digalakkan di dalam Islam. Manakala membuat bubur itu sendiri seandainya diyakini datang daripada sunnah Rasulullah SAW atau Nabi Nuh, maka ia adalah kepercayaan yang karut dan perlu diperbetulkan.

Wallahu'alam.

sumber dari : Muslim Diary