Thursday, January 6, 2011

Renungan Kita…

Perkara yang Membuat Kita Susah

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.


1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

 

Manusia yang tidak ada masalah dalam hidupnya bukanlah dinamakan manusia, tetapi 'robot bernyawa' yang telah diprogramkan.

Monday, January 3, 2011

Salam 2011 dan selamat tinggal 2010….

Hai korang…mesti terkejut kan bila tengok aku menulis kembali kat blog yang kiranya macam tak best untuk dibaca…maaf la coz aku bukannya busy tapi tak tau nak menulis apa…coz aku lebih suka berfacebooking dan bertwiter  kot….nowdays semua nya menjadi senang kan…just update melalui handpon jer…

Hurrmm..2010 akan meninggalkan kita dalam beberapa hari lagi…sedih??? gembira?? suka?? duka?? banyak memori yang tersimpan dalam tahun ini…bagi aku Alhamdulillah 2010 banyak meninggalkan memori yang gembira…dan aku sangat suka 2010…tak der mood-mood sedih walaupun kekadang ada juga slot nangis2 kan…tapi itu normal bila kita terfikir tentang diri kita..keluarga kita…kawan kita…buah hati?? sorry bukan aku kot…sebab 2010 bagi aku adalah tahun untuk diri aku….

apa yang terjadi untuk 2010??

  1. Kerja – dengan doa keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa menyokong dan membantu aku dengan kerja yang aku lakukan..Alhamdulillah aku dinaikkan pangkat…suka sangat…coz pada mulanya macam tak jadi jer…yelah nak naik pangkat ingat senang ker??? susah tau…aku bekerja bukannya di syarikat milik keluarga…tidak yer…so aku terpaksa buktikan yang aku mampu untuk menduduki jawatan yang ditawarkan pada aku iaitu Pengurus Kanan Kumpulan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Awam (Senior Manager, Group Human Resource and General Affairs Division) sedap jer dengar kan..tapi penambahan kerja 100% ok…mulai dari itu tanggungjawab aku pada syarikat lebih tinggi kerana kepercayaan yang diberikan…terima kasih pada Boss Besar…kerana sentiasa memberi peluang pada aku untuk segala bentuk kerja….sumpah aku tak pernah terfikir untuk sampai ke tahap ini..tapi atas sokongan dan dokongan semua alhamdulillah…so sekarang aku menyelaras 9 buah syarikat dan juga 3 buah syarikat di luar negara untuk aktiviti Sumber Manusia dan Hal Ehwal Awam….senangkan ???
  2. Asset – Alhamdulillah tahun nie juga aku dah sign up untuk membeli rumah dimana akan siap pada 2012….lokasi mana lagi kalau bukan di Sahalam…kenapa aku beli disini?? sebab aku rasa sangat selesa di sini semuanya ada…cakap jer apa yang takder…semua ada…dan rumah aku bukan kat dalam hutan simpan yer..tepi highway jer…nak access Federal senang…NKVE senang…KESAS senang…LDP senang..so itu membuatkan aku terfikir nak beli rumah…selain itu juga memang niat aku beli rumah untuk family aku..dan aku harap bila rumah nie dah siap…ia akan jadi tempat berkumpul kami sekeluarga…walau tak sebesar mana cukup la untuk kami semua tidur bergelimpangan macam askar jepun tersadai…hahahaha..sampai sekarang mama & papa tak tahu kat mana aku beli rumah sebab niat aku bila rumah nie dah siap….termasuk dekorasi dan barang-barang…baru aku tunjukkan ke diorang…ini sebagai hadiah aku pada diorang…sebab apa yang aku dapat sekarang adalah DOA dari dia…yer aku percaya..sebab diorang selalu berdoa atas kejayaan kami adik beradik…dan alhamdulillah kami sangat bahagia..tak macam tahun sebelumnya..banyak sangat dugaan..dah tak payah nak ungkit cerita lama…hmmm….selain itu aku dah tukar kereta…dari aku bersama syukran sekarang aku bersama Al-syukran…alhamdulillah ini semua rezeki yang ALLAH bagi..kereta yang aku beli kali ini sedikit selesa lah…hhmmm…aku rindukan syukran…yang sekarang nie berada di negeri cik siti wan kembang..teringat masa aku serah kan syukran pada new owner…aku siap berkata…jaga diri baik-baik dan terima kasih atas segalanya…bila pintu kereta aku tutup..tetiba tangan aku terkepit…haaa..mungkin dia pun sedih sebab nak berpisah dengan aku…nak dapatkan Al-Syukran punya la siksa…aku tertipu dik pujukan salesman…katanya 3 minggu rupanya 3 bulan yer…azab sangat menunggu…mungkin penantian aku itu ada hikmahnya…selama 3 bulan tiada kenderaan…macam2 yang aku lalui…naik kenderaan awam…naik kereta nissan “skyline”..hahaha kelakar sangat bila fikirkan masa tue..yerlah nak balik rumah mama dari shah alam aku rasa lebih 10 kali enjin terpadam kot….yerlah mana reti nak bawak kereta manual…hahahahaha lawak la….tapi kereta tu sangat best bawak dan laju..dari situ aku belajar serba sikit  bawak kereta manual…dan sekarang aku mahir la nak bawak kereta manual…so  secara konklusinya bila gaji tambah….ada jer benda nak tambah..alhamdulillah aku percaya pada rezeki yang ALLAH bagi…jangan lupa bayar ZAKAT sebab ZAKAT yang menggemburkan rezeki kita….PERCAYA itu…..
  3. Keluarga – aku sangat sayangkan keluarga aku…dan bangga dengan keluarga aku…kami semua bahagia….hubungan antara kami semakin ok…dan tak der dah nak sentap2 nie…I love U all…. kerana keluarga adalah segalanya..bila kau susah siapa yang nak tolong…keluarga jugak…bila kau lapar nak makan..siapa kau ingat mama kau jugak..bangun pagi bila hari sabtu dan ahad siapa yang masak untuk kau…keluarga jugak jawapan kau..so aku berasa sangat selesa bila bersama diorang…Mak sayang uols semua!!! gituh….
  4. Percutian – Hummmm tahun nie paling banyak berjalan….bermula dengan ke Kuching…kemudian ke Pulau Redang…Hatyai…Penang (2 kali dalam sebulan yer) PD..boleh ker klasifikasi kan sebagai percutian…oklah sebab memang bercuti….aku enjoy lah every moment bila aku bercuti….sangat seronok kan… terima kasih pada semua yang menaja percutian ini…
  5. Kengkawan – terima kasih atas hubungan yang terjalin…aku macam biasa tetap sayang korang especially the fantastic four(Azizah Cacat)…korang tahu la siapa korang kan…jatuh bangun aku semua kita kongsi bersama tanpa rasa segan silu untuk berkongsi masalah…aku doakan semoga kita semua ditemukan jodoh dan dimurahkan rezeki ekk…coz dah masanya untuk kita serius dalam hidup….kan kan kan….moga ALLAH berikan kita jalan untuk ke arah itu….untuk semua terima la aku nie seadanya…maaf jika aku nie ada buat korang terasa or kecil hati…tapi niat aku semua tu atas dasar kawan yer..tak lebih dari itu…

aku rasa 2010 banyak kenangan yang manis untuk di ingati..kenangan pahit tak perlu kot…dan aku rasakan 2010 adalah tahun yang paling bahagia buat aku…sebab ia mengajar aku erti meghargai diri sendiri….terima kasih…terima kasih ALLAH atas kurniaan Mu….moga tahun 1432h/2011m memberi lebih banyak cahaya untuk aku menumpang diatas muka bumi ini….

 

Azam 2011??? biar ia menjadi pengetahuan buat diriku sajoh!!!!

Doaku….Harapanku…2011…..